✿〰Adab Menuntut Ilmu〰✿



 Niat yang ikhlas

Menuntut ilmu bukan semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan , untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai niat yang lain lagi melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullulah SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka". [HR Tarmizi]
Niat iu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka, niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

 Beradab dengan orang yang memberi ilmu


Imam Syafie pernah berkata :


"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan , menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
 Bersabar dalam menuntut ilmu


Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237
 Tulis setiap apa yang dipelajari 
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah berkata: 
"Tidak ada seorang pun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]
 Rendah diri


Imam Ahmad bin Hambal berkata:


"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]
 Menjauhi dari kenyang yang berlebihan


Ibn Jama'ah berkata:


"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]
Tidur yang sedikit


Firman Allah SWT yang bermaksud:


"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]
Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

Alhamdulillah, selesai juga siapkan entri untuk hari ini..Satu perkongsian yang ringkas, dan mungkin ada yang dah tahu dan pernah terbaca..saya cuma post semula saja, dan semoga ianya bermanfaat untuk semua..

Memandangkan hari ini hari pertama kuliah, jadi berharap juga saya dapat refresh balik, betulkan niat semula..ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu bukan kerana apa-apa tapi melainkan hanya ingin mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT...

Berbekalkan niat yang ikhlas, usaha, doa, serta tawakkal kepada Allah SWT disamping mengamalkan adab-adab dalam menuntut ilmu...Insya Allah, pasti kita akan beroleh kejayaan di dunia serta di akhirat juga..amin...

 sumber : http://www.iluvislam.com/pendidikan/tips-belajar/1781-adab-menuntut-ilmu.html

Share:

1 Komen