Berfikiran Positif.


Malam ni sangat sejuk. Suhu bilik saya rasa macam 16 degree celcius dah. Suka hati je cakap macam tu..hihi..tapi memang sejuk malam ni mungkin sebab hujan yang tak berhenti-henti turun sejak tengah hari tadi.  

Apa-apapun, syukur alhamdulillah masih lagi diberikan keizinan untuk terus bernafas di muka bumi ini. Terima kasih Ya Allah ♡. Niat malam ni nak melafazkan semua isi-isi hati yang sudah lama terpendam.  Lama ke? Tak tahulah. Sangat-sangat teringin sebenarnya untuk menulis dan berkongsi sesuatu di blog ini setiap hari tetapi disebabkan masa dan punya kewajipan lain yang lebih utama maka hasrat untuk menulis itu terpaksalah dilupakan buat seketika. Baru terasa lama tak buka blog sebab bila buka je terkejut sebab tadi nak edit template tapi bila nak edit dah tukar lain, tak macam dulu. Mula-mula tu pening juga kenapa nampak macam complicated sangat nie, muka pun dah tension -__- ambil masa juga nak 'explore' benda tu tapi bila dah tengok lama-lama barulah faham, muka pun dah kembali gembira semula ◕‿◕. Tapi secara jujurnya lagi suka cara yang dulu sebenarnya. Tapi lupakan pasal yang tu sebab tu bukan fokus utama sebenarnya. Tu cuma pencuci mulut semata-mata..^___^

Cuba ingat kembali bagaimana keadaan kita bila ditimpa sesuatu ujian atau masalah. Pasti akan rasa sedih, kecewa, mengeluh, marah, tertekan dan sebagainya Mungkin itu juga salah satu cara untuk mengekspresikan perasaan kita ketika itu namun sesuatu perkara ataupun hal yang terjadi itu pasti ada sebabnya. Kita merasa susah ketika itu kerana Allah swt sedang menguji kita. Oleh kerana itu, kita perlu latih diri berfikiran positif menghadapi ujian/masalah agar setiap kali sesuatu menimpa kita, kita mampu menanganinya dengan baik. Baiklah, saya ingin kongsikan di sini antara cara untuk kita mampu berfikiran positif iaitu.....




 Sentiasa istighfar.


Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Kalimah "Astaghfirullahal'adzim" bukan sekadar dilafazkan ketika solat bahkan sebaik-baiknya dijadikan amalan setiap masa. Lafaz istighfar yang dilakukan dengan sepenuh hati mampu membuang segala prasangka dan perkara negatif dalam diri. Oleh itu, cepat-cepat istighfar bila rasa dalam diri itu ada emosi negatif dan bersangka buruk. Singkirkan jauh-jauh perasaan negatif itu.

Bersangka baik.


Sifat ini yang perlu ada dalam setiap diri insan. Bersangka baik bukan sahaja dengan manusia tetapi paling utama bersangka baik dengan Allah swt. Sesungguhnya Allah swt tidak akan menguji hamba-hambaNya melainkan dengan kemampuan mereka. Kita diuji oleh Allah swt bukan kerana Allah tidak sayang dengan kita tetapi Allah swt tahu kita mampu untuk menghadapi ujian tersebut.

 Lihat pada kebaikan.

Kita pasti berjumpa dan kenal dengan bermacam-macam orang dalam hidup ni kan. Mereka juga mungkin terdiri dari keluarga dan sahabat-sahabat kita. Jika bersama atau berinteraksi dengan mereka, lihat pada kebaikan dan sifat-sifat positif yang ada pada mereka. Dengan cara itu juga, ia boleh membantu diri kita untuk bersifat positif.

Gembirakan diri sendiri.

Gembirakan diri sendiri! Cara yang paling mudah. Ambil masa untuk menghiburkan diri anda sendiri. Mungkin dengan cara melakukan sesuatu yang anda sukai. Menonton wayang, bercuti, makan atau sebagainya. Pasti bila diri rasa lebih gembira, anda akan jadi lebih bersemangat dan fikiran akan cederung ke arah yang lebih positif.


 Jauhi sifat negatif.

Finally, perkara utama yang harus kita lakukan untuk menjadi seorang yang positif .Jauhi lawannya iaitu NEGATIF. Bila perkara-perkara negatif seperti cepat marah, cepat emosi, asyik buruk sangka dan sebagainya disingkirkan dari diri, pasti kita akan menjadi orang yang positif. In sha Allah.


Oklah, tu sahaja  perkongsian untuk malam ni. Moga Allah redha dengan pengkosian ini dan semoga ianya bermanfaat.  Wa'allahualam.




Be a positive. Smile ^___^  Good night. Assalam.


You Might Also Like

0 Komen