Assalam. Selamat malam.
Dalam hidup ni perlukan kesederhanaan. Apa-apa hal pun yang kita lakukan, lakukan dengan sederhana. Jangan berlebihan. Misalnya, makan. Kalau nak makan tu, makan dalam kuantiti yang sederhana, yang cukup-cukup untuk keperluan kita. Perkara yang berlebihan ni kadang-kadang boleh datangkan kesan yang tak baik. Makan lebih-lebih nanti macam-macam penyakit boleh timbul. Lepas tu nanti merungut pula berat badan dah naik tapi makan tetap juga tak nak kawal. Sebab tu, bila buat sesuatu tu fikir dulu sebab dan akibatnya nanti. Tak salah nak makan sebab makanan yang kita makan tu penting untuk bagi kita tenaga dan sebagainya tapi janganlah makan sampai tak ingat dunia ya.hihi. Tiba-tiba pula melalut pasal bab makanan. Ilmu tak cukup lagi nak bagi nasihat tapi cuma berkongsi mana-mana yang saya tahu.
Cinta juga perlukan kesederhanaan.
Sifat sederhana tu bukan setakat ketika makan perlu ada tapi cinta juga perlukan kesederhanaan. Mencintai sesuatu itu biarlah sederhana. Sepertimana kita mencintai seseorang, cintailah dia dengan sederhana. Tidak berlebihan kerana manusia itu suatu masa akan pergi juga. Tiada yang kekal abadi. Yang tinggal mungkin hanya kenangan tetapi yang pergi itu pasti tidak mungkin akan kembali lagi. Jika ingin mencintai, terima dirinya seadanya. Jangan terlalu berharap kerana jika kecewa pasti kamu juga akan merasa terluka. Dan jangan juga menilai seseorang melalui masa lalunya kerana masa depannya itu juga boleh berubah. Oleh itu, jika ingin mencintai seseorang, cintailah dirinya dengan sederhana. Yang pasti, jika ingin mencintai dengan berlebihan, cinta itu hanyalah untuk Allah swt, Pencipta kita.
Terlalu mencintai dunia.
Dunia ini ibarat pentas buat kita manusia. Macam-macam peranan yang kita mainkan di pentas dunia ini dan tentunya semua itu disaksikan oleh Allah swt. Dia yang telah menciptakan seluruh alam semesta ni. Pemilik semua yang ada di langit dan bumi. Kita hidup ini dengan satu tanggungjawab iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Namun, hari berganti hari, zaman berganti zaman. Hinggalah tiba ke hari ini di mana manusia itu berlumba-lumba mengejar kekayaan dunia. Masing-masing ingin mendapatkan kesenangan, pangkat, harta dan sebagainya hinggakan terlupa bahawa dunia ini hanyalah suatu persinggahan semata-mata. Tiada salahnya ingin berjaya, mencari kesenangan hidup namun jangan sampai terleka dengan kehidupan duniawi hingga terlupa bahawa kehidupan di akhirat itulah yang kekal abadi. Jika kita ini terlalu mencintai dunia, suatu masa nanti kita pasti akan merasa penat.
p/s: Oklah, tu saja untuk malam ni. Finally, dapat juga update entri baru lepas dah berbulan-bulan tak buka blog ni. Sibuk berhempas pulas dengan final exam sampai tak terlayan blog ni. Btw, entri malam ni pendek tak macam selalu panjang berjela-jela, but hopefully bermanfaat ok. Nite semua :)
0 Komen