Bismillah.
Assalammualaikum.Selamat malam. Macam dah lama pula tak tulis entri, asyik join giveaway ja. Bukan malas cuma tak ada idea nak menulis pasal apa..hihi..
Ok, baru-baru ni saya ada ikut kelas kek, memang dah lama nak ikut tapi tu lah time study, sibuk memanjang, hujung minggu pun sibuk, entah apa yang disibukkan pun tak tahu..hihi. Sekarang ni alang-alang dah cuti, saya cuba lah isi masa lapang dengan sebaiknya. konon-konon nak belajar lah macam mana nak buat kek dengan betul sebab memang minat dari dulu lagi. Sebelum ni pernah cuba juga buat kek sendiri tapi ada ja yang tak kena. Kek tak cukup masak, kek tak kembang, salah sukatan, terlebih gula, macam-macam lah..kadang-kadang macam nak give up, nak menangis ja buat, sebab tak pandai jadi-jadi tapi tu lah bila dah lama-lama, dah belajar dari kesilapan, alhamdulillah tak tahu kek yang ke berapa dah saya buat, menjadi dan sedap! satu kegembiraan bila family puji sedap..hihi..Tapi bab-bab menghias kek memang saya fail. Memang tak dah basic langsung macam mana nak hias kek, so hari tu dengan tekadnya cuba lah nak buatkan mak kek untuk hari ibu, sampai ke tengah malam siapkan kek, konon-konon nak bagi surprise dengan mak esok paginya tapi hampa, krim kek tak bagi kerjasama, keras dan susah nak handle..nak nangis ja time tu. Tapi siapkan juga walaupun tak berapa cantik.
Jadi dalam kelas kek yang saya ikut ni kami kena ajar cara-cara nak hias kek, memang yang ni lah yang saya target sebenarnya. Memang nak belajar cara menghias kek dengan betul. Ada tiga jenis kek yang diajar iaitu pottery cake, fruity glaze cake dan french buttercream. Semua guna kek span yang sama, cuma filling dengan krim kek ja yang berbeza. Mula-mula blur juga, apa benda pottery cake, fruity glaze cake tu sebab tak pernah dengar..hihi..yang french buttercream tu ja yang pernah dengar tapi bila dah diberitahu baru lah tahu kek yang selalu kena beli juga kat kedai cuma kat kedai tak mention pula krim yang dorang guna.
Ni rupa kek sebelum dihias. Kek dipotong kepada tiga bahagian, lepas tu disapu dengan krim dan filling
Sepanjang kelas itu, ok juga lah, enjoy juga. Kami kena bagi 3 kek kosong, dan kena hias kek tu guna ketiga-tiga jenis krim. Memang best time hias-hias ni walaupun saya agak slow sedikit. Maklumlah budak baru belajar kan..hihi..Kebanyakan pelajar yang ikut kelas tu semua yang memang dah berpengalaman, yang memang dah ada basic pun cuma tinggal nak tambah-tambah ilmu sikit ja. Jadi terasa sangat kerdil lah diri ini, tapi dorang semua memang baik, sanggup ajar sampai saya boleh buat sendiri.
Ni lah rupa pottery cake. Actually konfius sebenarnya yang yang ni fruity glaze atau pottery sebab rupa lebih kurang ja..hihi..
Antara kek-kek yang telah berjaya dihias. Memang colourful dan cantik semua. Macam tak sampai hati nak makan..hihi
Oklah, tu lah antara perkongsian saya waktu ikut kelas kek. Memang enjoy sebab berpeluang belajar ilmu baru. dan tak rugi mak tolong bayarkan sebab anak dia dah pandai hias kek..hihi..bukan tu ja, kami juga dapat bawa balik tiga biji kek yang kami dah hias sendiri waktu kelas..memang puas lah makan kek lepas tu..hihi..
Alhamdulillah, walaupun kadang-kadang rasa macam nak putus asa tapi sebab minat yang mendalam teruskan juga. So, kawan-kawan semua kalau korang ada minat pada sesuatu, just go for it. Teruskan dan jangan berputus asa ok. Ambil peluang yang diberi dengan sebaiknya dan capai impian anda.
"FIND SOMETHING YOU'RE PASSIONATE ABOUT & KEEP TREMENDOUSLY INTERESTED IN IT" - Julia Child
Oklah, tak nak leter panjang-panjang..hihi. Selamat malam. :)
19 Komen
cute nya kek..
ReplyDeletetu la, tak sampai hati nak mkn sbb cute..hihi..:)
DeleteTahniah berjaya siapkan kek..
ReplyDeletechiffon cake atas sekali tu mcm boleh design jadi victoria sandwich cake jugak :)
terima kasih..hihi..alhamdulillah, berjaya juga siapkan..:)
Deletebestnya teringin gak ikut kelas buat kek
ReplyDeletejemput baca entri
WATERPARK
kalau ada peluang dan masa, ikut lah..memamg best..hihi..:)
Deletecantik!
ReplyDeletehehe..ya..cantik..:)
DeleteCantik-cantik......
ReplyDeleteya..hehe..:)
Deleteok..terima kasih jemput..:)
ReplyDeleteteringin nak join kelas baking macam ni. good luck awaa dalam membaking lepas ni:)
ReplyDeletejoin la kalau ada peluang..mmg best..hihi..ok, terima kasih..:)
DeleteAsSalam Syaidah Seha,
ReplyDeleteSaya suka buat kek tapi bila kejap jadi kejap tidak terus give up.. Baking ni or apa saja kena ada minat so bila minat jadi atau tidak tetap diteruskan tanpa putus asa kann.. ;-)
waalaikumusalam..
Deleteya, betul tu...memang kena ada minat..hihi..:)
seronok kan belajar baking dan hias kek ni :)
ReplyDeletehihi..ya..memang seronok..dari dulu memang suka ni..:)
DeleteBestnya dapat buat kek sendiri. Say takde pengalaman langsung dalam hias atau buat kek ni, hihi
ReplyDeleteboleh belajar tu..sy pun tak da pengalaman juga sebelum ikut kelas ni..belajar sendiri2 ja di rumah..hihi..
Delete