Healing.



Assalammualaikum. Hai. 


Kebelakangan ni saya selalu sangat terbaca post-post yang sedih kat tumblr dan twitter. Kadang apa yang dorang tulis mengena juga kat hati..hihi..Sabarlah ya. Hidup ni memang tak pernah menjanjikan untuk sentiasa bahagia. Ada masa kita akan rasa sedih juga. Kecewa, sedih, patah hati, siapa yang tak pernah rasa semua tu. Bukan kita nak pun semua tu terjadi tapi percayalah ada sebab kenapa kita perlu lalui semua tu. 


Dari semua kekecewaan tu lah kita belajar untuk bangkit semula dan mungkin jadi seorang yang lebih kuat dari sebelum ni. Kita boleh sedih, menangis atau buat apa sekalipun untuk luahkan apa yang kita rasa tapi janganlah bersedih lama-lama. Hidup ni terlalu singkat untuk kita sia-siakan. Jadi bangkitlah dari kesedihan masa lalu, dah belajarlah untuk bahagia walau sendiri sekalipun. Putus cinta, patah hati sebab cinta bukanlah pengakhiran untuk segala-galanya. Bangkit setelah kecewa itu adalah yang penting.


Banyak cara sebenarnya nak sembuh setelah kecewa tapi tu terpulang dengan diri masing-masing juga. Kalau saya, menulis adalah salah satu cara untuk saya lepaskan semua yang saya rasa. Sebab saya kalau nak bercakap atau luahkan dengan orang lain memang tak pandai. Lain yang nak cakap, lain yang terkeluar..hihi..kalau dulu pula bila saya rasa sedih saya suka post kat facebook kata-kata hikmah atau quotes. Kadang bukan nak orang baca pun, saja nak bagi semangat dengan diri..hihi

Macam mana nak sembuh/bangkit semula setelah kecewa? 

1. Fokus dengan cita-cita atau matlamat/goals hidup. 

Kalau sebelum ni ada sesuatu yang awak nak buat atau capai, ini lah masa untuk awak fokus semula dan buat sampai berjaya. Kalau yang belum ada apa-apa goals tu, so it is time to start thinking! :D

2. Buat sesuatu yang awak minat dan suka sendiri.

Menyanyi, melukis, menari, menulis, memasak atau apa-apa saja yang boleh buat awak gembira semula atau mungkin boleh cuba sesuatu yang baru, yang awak tak pernah buat sebelum ni contohnya pergi hiking, panjat gunung Kinabalu ka atau ikut rancangan masakan..hihi..Enjoy yourself!


3. Keliling diri dengan orang-orang yang sayang awak.

You are not alone! Ingat tu. Walau macam mana teruk sekalipun awak rasa kecewa, bersyukurlah selagi awak masih ada keluarga dan kawan-kawan di sekeliling yang sentiasa sayang awak. So, selagi ada masa, jangan sia-siakan mereka yang sayang awak. Sayang mereka macam mana mereka sayang awak. Luangkan masa dan buat perkara yang menyeronokkan dengan mereka. Pergi bercuti dengan family, jalan-jalan cari makan sama-sama, travel dengan kawan-kawan. Kan best tu! tiba-tiba rasa macam nak packing pula sekarang ni. :D


4. Forgive and forget.

Belajar untuk maafkan diri sendiri dan orang lain dan belajar untuk lupakan. Mungkin cara ni yang paling susah dan ambil masa sedikit. Tetapi bila kita dah maafkan dan buang segala perasaan marah, benci dan sebagainya dari dalam hati. Insha Allah, hati kita akan lebih tenang. 


5. Percaya pada diri sendiri.

Awak kena percaya pada diri sendiri yang awak boleh atasi semua tu. Macam mana remuk pun hati awak, sampai satu masa ia akan pulih juga. Macam orang cakap, bukan saya yang cakap ya, hihi..time will heal. Ada betulnya juga ayat tu. Masa akan menyembuhkan dan percaya bila sampai masanya tu nanti awak akan tersenyum dan fikir betapa kuatnya diri awak dapat lalui semua tu :) 


Tapi paling utama sebenarnya, kita kena muhasabah diri semula. Tengok balik kehidupan kita sebelum ni. Macam mana hubungan kita dengan Allah dan orang-orang sekeliling. Mungkin sebelum ni kita terlampau leka, seronok dengan duniawi sampai kita lupa Dia sebab tu Allah bagi kita rasa kecewa supaya kita ingat Dia balik dan hanya pada Dia sahaja tempat kita berharap dan bergantung.



Apa-apapun kalau kita nak sembuh, minta dan doa pada Allah agar sembuhkan hati kita. Jika kita berikan sepenuh hati kita kepada Allah, tak da apa yang dapat kecewakan kita lagi sebab Allah tak kan pernah tinggalkan hamba-hambaNya.



So selagi diberikan masa dan peluang, gunalah sebaik mungkin untuk kita perbaiki diri kita. Contohnya, dekatkan diri dengan majlis-majlis agama atau dengar ceramah kat tv atau radio. Dari situ pasti ada sesuatu yang kita dapat pelajari. Percayalah, bila dah sampai masanya nanti, pasti akan ada seorang insan yang Allah telah takdirkan untuk hadir dalam hidup, yang dapat menerima awak seadanya dan dialah yang terbaik untuk awak.










credit :   2

You Might Also Like

6 Komen

  1. Setuju sangat. Awak sangat profesional. ☺ Bangkit dari permasalahan/kekecewaan. Sampai bila nak duduk pada takuk yang lama kan? ☺ Forgive and foget. Lebih baik meminta maaf kepada orang yang kita berbuat salah dan dosa semestinya diampuni. Daripada mempertahankan harga diri, tetapi di seksa di AKhirat. Chill dear ! ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tu la. kadang-kadang menulis ni nak nasihatkan diri sendiri juga sebenarnya..hihi. by the way, thanks ya :)

      Delete
  2. terima kasih utk entry ni. belajar utk meaafkan diri sendiri dan orang lain is a must :)

    ReplyDelete