Kutinggalkan Cinta Ini.



Saat cinta hadir menyapa diriku,
Aku tersenyum menerimanya,
Tiada kata mampu kuungkap,
Hanya luahan syukur padaNya..

Namun disebalik keindahan yang kurasakan ini,
Baru kusedar ada sesuatu yang tidak engkau ketahui tentang diriku,
Sesuatu yang selama ini kusembunyikan dari padangan mata,
Pandangan mata yang kadang-kadang berpura-pura,
Secara luaran nampak sempurna,
Namun, ternyata dalaman menderita..

Tidak mungkin selamanya diri ini mampu bertahan,
Dan tidak mungkin juga hati ini mampu terus menipu,
Kuikhlaskan hati melupakan cinta ini,
Kerana kuyakin kau tidak mungkin dapat menerimaku,
Terima kasih kerana membenarkan diri ini singgah sebentar di hatimu,
Maaf atas kesalahanku mencintaimu,
Terpaksa kutinggalkan cinta ini demi kebahagiaanmu..






Assalammualaikum.....selamat malam semua...apa yang anda rasa  lepas baca ayat-ayat kat atas, tu...ada sedikit rasa sedih tak,rasa nak nangis, rasa mual, pening-pening atau tak da perasaan apa-apa???...hehehe.....just a simple question, tak perlu lah jawab....saya yakin memang no feeling lah kan....actually, semua ayat-ayat kat atas tu  tak da kena mengena dengan sesiap pun, cuma tiba-tiba idea datang bergolek, jadi tu la pantas ja jari nie nak menaip...hehe.....lagipun lama tak update blog....maybe kurang bermanfaat untuk bacaan umum, tapi just want to share......so, thanks pada siapa-siapa yang dah baca..arigato gozaimes....good night...http://www.emocutez.com zzzzzZZZ 



You Might Also Like

4 Komen