Mencari Bahagia.


Persoalan yang sering bermain-main di fikiran adakah kebahagiaan itu perlu dicari atau ianya akan datang dengan sendirinya??...dan bagaimana pula jika kebahagiaan yang dimiliki adalah sebenarnya penderitaan...






Kebahagiaan apa yang sebenarnya dicari dalam hidup ini, adakah jika kita memiliki wang ringgit yang banyak, kita akan bahagia...ataupun jika kita memiliki rupa paras yang menarik akan menjanjikan hidup kita akan sentiasa bahagia....dan bagaimana pula dengan mereka yang mengalami kesempitan dalam hidup, mereka yang sentiasa ditimpa dengan pelbagai musibah, kesakitan dan penyakit...adakah mereka tidak berpeluang untuk merasa bahagia?

Setiap orang diberi peluang untuk bahagia, tiada seseorang pun yang ingin memilih untuk hidup menderita namun jalan untuk menuju bahagia itu adakalanya memerlukan pengorbanan yang cukup besar dan kadang kala jalan itu dipenuhi dengan onak yang berduri, tidak kelihatan namun sakitnya cukup dirasai....

Setiap detik dan saat yang diberikan oleh Allah S.W.T adalah satu anugerah yang cukup bernilai sekali dalam kehidupan kita, setiap saat yang telah berlalu tidak mungkin akan kembali lagi...oleh kerana itu, setiap apa pun yang kita lakukan dalam hidup ini, biarlah memberikan makna dan berharga untuk kita kenang...

Setiap masa bersama keluarga adalah satu kebahagiaan, dan mungkin juga kebahagiaan yang hanya dapat kita rasai di dunia ini sahaja, begitu juga masa bersama dengan kawan-kawan...kebahagiaan yang cukup bernilai sekali....namun kebahagiaan itu adalah sementara sahaja, dan tiba masanya nanti semua itu akan tinggal menjadi sebuah kenangan yang paling indah dalam hidup...Ambillah masa yang masih ada untuk menikmati saat kita bersama dengan keluarga dan kawan-kawan....Kita sudah diberi peluang oleh Allah, jadi belajarlah untuk menghargainya......Walau secebis kebahagiaan yang kita dapat di dunia ini, itu sudah cukup kerana mungkin kebahagiaan yang sebenar telah Allah sediakan di sana kelak...
                                                    
Jika ditanya, sudah tentu setiap orang inginkan kebahagiaan namun semudah itukah kita akan dapat...tidak semua perkara di dunia ini mampu kita miliki tetapi itu bukan bermaksud kita harus menyerah begitu sahaja kerana Allah itu Maha Mendengar...Dia sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya...Oleh itu, rintihlah kepadaNya..luahkan segala kegelisahan di dalam jiwa...Insya Allah, hati-hati yang gelisah pasti akan merasa tenang..

Hati ini juga ada masanya merintih, hanya padaNya tempat mengadu, adakalanya ingin lari dari semua ini namun adakah semudah itu jalan penyelesaiannya..adakah kita harus lari dari semua masalah yang berlaku dalam hidup ini, yakinlah walau sesukar mana pun masalah yang kita hadapi, pasti Allah S.W.T telah sediakan jalan penyelesaiannya....jangan mengharapkan kebahagiaan datang secara tiba-tiba, berusahalah untuk mendapatkannya..Insya Allah, dengan izinNya, kebahagiaan itu pasti akan dapat dirasai juga...semoga suatu hari nanti diri ini akan dapat merasai kebahagiaan yang abadi..AMIN.



p/s : Mana satu pilihan anda...bahagia atau derita?..semuanya terpulang pada diri anda sendiri..:)


You Might Also Like

0 Komen