Duhai Hati, Jangan Bersedih ☹

Duhai hati, diri ini mengerti keperihan yang kau rasakan..
Meski cuba untuk bertahan, namun ada masanya merintih jua..
Dalam meniti hari-hari yang mendatang, ku mohon padamu agar kau terus kuat..
Andai kau lemah, pasti diri ini juga akan turut merasa yang sama..


Duhai hati, bersabarlah...
Walau kau terasa pedih dan sakit sekalipun..
Sakitnya seperti tiada hati yang mampu mengerti..
Sekalipun kau mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup..
Yakinlah, kau tidak bersendirian di dunia ini...


Duhai hati, jangan bersedih lagi..
Kepayahan yang kau rasanya sesungguhnya adalah ujian daripada Allah..
Seharusnya kau bersyukur kerana mendapat perhatian sedemikian daripadaNya..
Jadi tidak sewajarnya kau menyesali kesusahan itu...

Duhai hati, sedarlah...
Segala yang diberi itu adalah satu nikmat..
Bukan Allah tidak mendengar segala jerit perit, derita yang dialami..
Tetapi Allah Lebih Mengetahui apa yang kau tidak ketahui...






You Might Also Like

0 Komen