Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Assalammualaikum...selamat malam semua...dah baca lirik kat atas tu, mesti ada yang dah tahu kan, yang kat atas tu lirik lagu nasyid..nyanyian kumpulan DeHearty dan tajuk lagu tu "Permata Yang Dicari"..amacam best tak, dah pernah dengar ke lagu nie...kalau belum, nanti dengarlah ya...Actually, I've try to understand the meaning of this song but it's too deep.....bukan tak faham cuma masih ada yang belum jelas lagi...dari pemahaman saya lah kan...lagu nie ada kaitan dengan wanita....why the because??....sebab dari tajuk lagu pun dah tahu...Permata tu sendiri boleh diibaratkan sebagai satu benda yang sangat bernilai dan sangat berharga...sukar untuk dicari dan dimiliki....sama jugalah seperti wanita...wanita diibaratkan seperti sebuah permata..sangat berharga dan perlu dilindungi.....bila kita dah sayang sesuatu, mestilah kita nak jaga dan lindungi kan..
Anyway, that's only intro...hehe...banyak lagi saya nak cakap nie..actually not cakap lah, taip lebih sesuai kan....ok2, I'll continue,setiap apa pun yang berlaku dalam hidup kita nie semuanya telah ditentukan sejak dari awal lagi.Jodoh, pertemuan, perpisahan semua dah ditentukan dan adalah satu lumrah dalam kehidupan manusia.Allah S.W.T telah menciptakan manusia di muka bumi ini secara berpasang-pasangan...setiap kita ada pasangan masing-masing namun hanya ALLAH satu-satuNya yang berkuasa menentukan siapa jodoh kita di dunia ini.Dalam hidup ini kita pasti akan menemui dengan bermacam-macam jenis orang dan mungkin ada masanya kita rasakan kita telah menemui seseorang yang benar-benar tepat untuk kita jadikan sebagai teman hidup namun akhirnya kita dikecewakan.Apa-apa pun, hal seperti ini kita serahkan pada Allah S.W.T kerana Dialah Yang Maha Mengetahui, Maha Menentukan segala-galanya...
Walaupun kita tidak dapat bersama dengan orang yang kita sayangi, dan telah ditentukan dia bukanlah jodoh kita kat dunia ini...ikhlaskanlah hati untuk menerimanya, walaupun susah tapi Insya Allah, yakin yang Allah dah sediakan yang lebih baik untuk kita..walaupun kita dah kehilangan seseorang yang sangat berharga dalam hidup, Allah pasti beri pengganti yang lain untuk kita...
Memang benar jodoh, pertemuan semua tu Allah yang tentukan, tapi kita sebagai manusia boleh berusaha dan beriktihar untuk mencari yang terbaik, tapi janganlah sampai kita melupakan segala-galanya...apa sahaja yang kita lakukan, biarlah semata-mata kerana Allah, semata-mata untuk mendapat redha daripadaNya dan bukan kerana yang lain.Jika cinta dan sayang kita pada seseorang adalah ikhlas semata-mata kerana Allah, sudah tentu cinta yang kita miliki itu adalah telus dan suci,namun jika cinta itu hanya bersandarkan pada hawa nafsu sahaja, maka cinta yang terbina bukanlah cinta yang datang dari Allah tetapi cinta yang direka oleh syaitan untuk membinasakan manusia...
Anything happen, don't forget...doa, usaha dan selebihnya tawakal pada Allah..apa-apa pun yang berlaku, semuanya telah dirancang oleh Allah, dan segala apa pun yang terjadi ada sebabnya...sebagai orang Islam, kita wajib percaya dengan Qada' dan Qadar dari Allah...
terjumpa gambar ni time search tadi, nampak sweet je kan...hehe..tu lah nak share nie...hope u all happy ya...apapun, jadilah seperti sebutir permata..renung2 kan dan selamat beramal....(✿◠‿◠)
1 Komen
nice post...i like
ReplyDelete