Assalammualaikum wtb....
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana hingga ke saat ini, diri ini masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus hidup di dunia..begitu cepat sekali masa berlalu dan sekarang telah pun masuk bulan Ramadhan, bulan yang sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun dan alhamdulillah, hari ini adalah hari ke-9 bagi umat Islam di seluruh dunia berpuasa...
Sudah menjadi satu kewajipan bagi setiap orang Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan, sepertimana yang kita sedia maklum puasa adalah salah satu rukun Islam yang harus kita patuhi.Namun seberapa besarkah kesungguhan kita dalam melaksanakan ibadah puasa ini??..adakah telah cukup persediaan kita untuk menjalani ibadah puasa ini, justeru semua itu bergatung pada niat kita masing-masing. Renung sejenak apakah hikmah yang Allah s.w.t ingin sampaikan kepada kita umat manusia di sebalik ibadah puasa ini.
Tanpa kita sedari, puasa banyak mengajar kita erti kesabaran, kasih sayang, ketaatan dan keinsafan. Kehidupan kita di dunia pasti akan didatangkan dengan ujian, kita tidak tahu bila kita akan diuji, mungkin esok, minggu depan ataupun tahun depan, kita bukan hanya diuji dengan ujian kesusahan bahkan kesenangan juga adalah bentuk ujian yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Bulan Ramdhan adalah bulan dimana umat Islam akan berpuasa dan di sini kesabaran kita akan benar-benar diuji. Pada bulan Ramadhan juga kita didatangkan dengan pelbagai ujian, kita harus menahan lapar dan dahaga, meninggalkan semua perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan kita juga harus mengawal hawa nafsu yang selama ini membelenggu diri. Puasa dapat mendidik kita untuk lebih bersabar dan istiqomah dalam melaksanakan setiap ibadah.Namun bukan hanya pada bulan puasa sahaja, sebaik-baiknya, pada bulan-bulan yang lain juga bahkan dalam kehidupan kita di dunia ini, sifat sabar harus sentiasa diterapkan dalam diri.
Beberpa perkara perihal Ramadhan~
1. Ramadhan ertinya panas terik.
2. Bulan diturunkan Al-Quran.
3. Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4. Bulan di mana Nabi Muhammada s.a.w mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya
penyembahan berhala.
penyembahan berhala.
5. Di dalamnya terdapat malam Lailatul Qadar yakni malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
6. Di pilih untuk ibadah puasa.
7. Di pilih untuk ibadah yang lain seperti tadarus Al-Quran.
Kelebihan Bulan Ramadhan~
1. Bulan penuh keberkatan.
2. Di malamnya lebih baik daripada 1000 bulan.
3. Amalan sunat sama dengan solat fardhu.
4. Solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
5. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
6. Bulan menambah rezeki.
7. Bulan keampunan.
8.10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.
Sesungguhnya bulan Ramadhan hanya datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik bulan. Bulan yang penuh dengan keberkatan, pengajaran dan mendidik kita erti kesabaran dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Oleh itu, ambillah kesempatan yang ada ini untuk kita mempertingkatkan amalan dan ibadah kita kepada Allah s.w.t dan diharapkan agar Ramadhan ini akan lebih bermakna untuk diri kita.
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
0 Komen