Sedikit info tentang Bulan Syaaban :
Syaaban, ertinya berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada masa dahulu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir.
Rasulullah SAW tetap mengekalkan nama tersebut sehinggalah sekarang.
Antara hadis Rasulullah SAW yang paling mahsyur tentang kelebihan bulan Syaaban ialah;
Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
"Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?' Para sahabat menjawab," Allah dan RasulNya lebih mengetahui" Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari Kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Bulan Syaaban :
Merupakan bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela sebelum ketibaan bulan Ramadhan.
Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah:
- Memperbanyakkan puasa sunat
- Memperbanyak doa, zikir dan selawat kepada Rasulullauh SAW
- Memohon taubat
1 Komen
info yang bermanfaat..
ReplyDelete