Akhirnya!!





Bismilahirrahmanirrahim.


Lama rasanya tak update entri baru. Baru-baru ini agak sibuk dengan exam lebih-lebih lagi final exam dan akhirnya kemarin adalah hari terakhir exam untuk semester 2...fuh, lega rasa di hati, segala beban, tekanan yang ditanggung selama ini terlerai juga akhirnya....hihi...bukan apa, bila di ingat-ingat kembali semester ni yang paling sukar dan tentunya paling memenatkan + tekanan yang melampau..dahsyat juga, tapi bukan nak merungut..memang dah realiti hidup sebagai seorang pelajar memang macam tu kan..dengan assignment yang kejap pandai berkurang dan bertambah time-time nak exam pula tu, dengan kuiz mengejut yang menyebabkan mini 'heart attack' menyerang secara tiba-tiba (p/s:kalau nak bagi kuiz tu, sound la awal2) dan bermacam-macam lagi situasi yang kadang-kadang agak membebankan jiwa dan perasaan tapi apa-apapun dari kesusahan yang kita lalui itulah yang mengajar kita erti kesenangan..."susah-susah dulu, bersenang-senang kemudian"...see,macam sekaranglah, lancar ja jari menaip bila exam dah habis..hihi.....kalau dulu time-time macam ni mesti tengah sibuk, tak dapat nak bayangkan kesibukan dulu...=.=

Apa-apa pun sepanjang cuti ni, saya akan kembali aktif menulis entri....Insya Allah, banyak yang ingin dikongsikan dan semoga semuanya bermanfaat...Anyway, blog dah berwajah baru..nak promo sikit..hihi...habis ja exam kemarin, petang tu terus buka blog dan ubah mana yang patut..so, beginilah jadinya dan first time kemarin cuba buat header sendiri guna photoshop..tak secantik manapun tapi harap nice untuk tatapan anda semua ^__^



Oklah, that's all for today..esok-esok saya sambung lagi. Terima Kasih. 

p/s: Selamat bercuti buat diri ini...^____^

Share:

0 Komen