Perasaan Ibarat Musim.. Silih Berganti..




Bila waktu harus memisahkan, terpaksa jua dilepaskan perasaan ini. Tatkala kebahagiaan lenyap, duka pula datang bertandang. Diharapkan panas sampai ke petang, namun hujan pula di tengah hari. Begitulah juga perasaan, sukar diramalkan, sukar dijangka ibarat cuaca adakalanya panas, ada masanya mendung. 

Mungkin juga perasaan itu seperti musim yang akan bertukar mengikut putarannya waktu, ceria ibarat musim panas, sedingin musim sejuk, indah seperti musim bunga dan tenang seperti musim luruh. Namun tiada siapa dapat meramalnya, mungkin kita harapkan seperti itu, tapi keadaan yang sebaliknya pula terjadi. Sesuatu yang telah terjadi, janganlah kita sesali. 

Sungguh, sesuatu itu menyakitkan itu kita terima, namun harus kita kuatkan jua. Kerana mungkin juga itu satu cara Allah menguji kita agar kita kembali dekat semula denganNya. Mungkin selama ini kita semakin menjauh dariNya kerana Allah sayangkan kita, Dia timpakan kita dengan sesuatu. Bukan untuk menghukum, tapi agar kita sedar semula bahawa setiap apa yang terjadi adalah atas kehendakNya. 

Mungkin pernah kita rasakan kita sangat menyayangi sesuatu, namun ada suatu ketika perasaan itu hilang. Namun, tidak bermakna kita melupakan, cuma terkadang kita tersilap. Setelah ia hilang, barulah kita menyedari namun semuanya sudah terlambat. 

Perasaan....mungkin diri ini belum memahami. Seringkali kita mencari kebahagian yang jauh, sedangkan kebahagiaan yang kita inginkan itu sudah berada dekat dengan kita. 

Bersyukurlah jika kita miliki kebahagiaan itu kerana mungkin disaat kita bahagia itu, ada yang sedang berduka.. 
Bersyukurlah jika kita masih mampu tersenyum kerana mungkin di waktu itu ada yang sedang menangis.. 
Dan bersyukurlah jika kita masih hidup sehingga ke saat ini dan masih mampu untuk memperbaiki diri, kerana siapa tahu hari-hari esok Allah akan menjemput untuk pulang ke sana.....

Oleh itu, biarpun perasaan itu ibarat musim, silih berganti jangan biarkan perasaan dan kasih kita kepada Allah berubah kerana perasaan Allah kepada kita tidak pernah berubah. Kasih dan cintaNya tetap sama.



p/s:  sayu pula malam-malam ni, biasalah malam, idea pula mencurah-curah datang sampai tak tahu nak taip apa..hihi..^^..apa-apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat, maaf sekiranya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak, sesungguhnya tulisan ini lahir tulus dari hati.....baiklah, terima kasih..selamat malam. Assalam~~



You Might Also Like

0 Komen