Crying inside.


" Life isn't about how to survive the storm, its about how to dance in the rain"



Hati berbisik, "lap airmatamu, lupakan kesedihanmu". Tidak tahu untuk yang ke berapa kalinya ia harus berkata seperti itu. Memang lumrahnya, hati wanita itu mudah tersentuh, airmata itu seperti ubat buat mereka. Kelihatan diluarnya seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun di hatinya tiada siapa yang tahu. Mungkin juga itu yang dipanggil  'tabah'. Tidak mudah menitiskan airmata di hadapan yang lain sedangkan hatinya sudah dibalut dengan seribu duka lara.

Wanita memang mudah menangis, bahkan kerana hal yang kecil sahaja sudah cukup untuk membuatkan hatinya tersentuh. Memang fitrahnya seperti itu, hati wanita itu lembut namun bukan bermakna mereka itu lemah. Mereka mampu kuat seteguh karang, namun adakalanya apabila hidup diuji dengan kesusahan dan kesedihan pasti ada saatnya airmata itu akan mengalir juga. Mungkin itu sahaja cara yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada insan yang bergelar wanita ..iaitu dengan cara menangis. Setiap titis airmata yang jatuh itu mungkin mampu membawa segala kedukaan yang ditanggung oleh dirinya.

"Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya. Maka, di saat ujian itu datang, mohonlah keampunan dan kekuatan dari Allah. Kerana Allah sayang akan hamba-hambaNya, maka Dia hadiahkan sebuah ujian agar mereka kembali kepadaNya". Kata-kata penguat yang sering tersemat di hati tiap kali diri ini dilanda sedih.


p/s: Just a simple entry for today. Hopefully bermanfaat. Perasaan tak stabil, emosi agak terganggu. Biasalah, emosi pun ada pasang surutnya juga kan. Ceh, betul ke juga ayat tu, apa-apa je lah..hihi..ok lah, have a nice dream..tadaa..:)

You Might Also Like

2 Komen