Nikmat Lapang Sebelum Sempit :)




" Lapang sebelum sempit "
" Muda sebelum tua "
" Kaya sebelum miskin"
" Sihat sebelum sakit "
" Hidup sebelum mati "

Tiba-tiba terngiang-ngiang pula bait-bait ayat dalam lagu Raihan yang berjudul "Demi Masa". Muhasabah diri kejap bila dengar lagu tu. Tapi bukan nak kupas pasal lagu pun sebenarnya, cuma tertarik dengan salah satu lirik dalam lagu tu yang kiranya ada kena mengena dengan keadaan sekarang iaitu ayat "nikmat lapang sebelum sempit". Just nak highlight ayat ni je memandangkan situasi sekarang ni yang agak mencabar.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Asr,
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

Memang benar lapang itu suatu nikmat. Kalau boleh nak setiap masa, tapi tidak lengkap rasanya jika kehidupan itu harus lapang setiap masa kan. Ada ketikanya pasti akan merasa sempit juga. Sempit dari segi apa pula? Mungkin dari segi masa, kesibukan seharian sebagai pelajar ataupun pekerja. Ada masa hidup itu terlalu sibuk dan ada masa pula agak lapang. Namun perlu diingat ya, benar masa lapang itu nikmat, waktu yang sentiasa diidam-idamkan namun bukan beerti ia boleh disia-siakan begitu sahaja. Maksudnya di sini, masa lapang yang diberi oleh Allah SWT itu kita sia-siakan untuk melakukkan sesuatu hal yang tidak berfaedah dan melalaikan. Seharusnya, masa yang dianugerahkan itu perlu digunakan dengan sebaiknya untuk kita melakukan sesuatu yang lebih mendekatkan kita Allah SWT. 

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi, ayat 103 & 104,

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan'."

Begitu juga dengan sebaliknya, dalam kesibukan seharian ambillah sedikit waktu untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. Jangan jadikan sibuk itu sebagai alasan untuk kita meninggalkan perintahNya. 





p/s: Bila dah merasa dan tahu macam mana rasanya waktu sempit tu, barulah nak hargai waktu lapang yang kadang-kadang disia-siakan macam tu je -.- kena muhasabah diri selalu supaya perkara ni tak berulang lagi. Allah dah bagi nikmat lapang tu kenalah isi dengan baik-baik, jangan buang masa buat kerja-kerja tak berfaedah. Ok dear. Ingat baik-baik pesanan tu ya wahai diri!!..:) 

Just sharing, moga perkongisian ini bermanfaat. ^_^


You Might Also Like

4 Komen

  1. salam...jemput join segmen kathy http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/04/1st-segmen-selamat-hari-lahir-by-kathy.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..in shaa Allah, terima kasih sbb jmput..:)

      Delete
  2. thank you for sharing this entry . mengingatkan kat saya tentang nikmat lapang yang selalu diabaikan :)

    ReplyDelete