Salam Jumaat dan selamat petang. Alhamdulillah, sampai juga hari jumaat untuk minggu ini. Dalam suatu hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang dimaksudkan: "Jumaat dinamakan sebagai 'Saidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik-baik hari)". Hari berlakunya peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Sesungguhnya, pada hari Jumaat adalah hari Nabi Adam diciptakan. Dan pada hari jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari jumaat juga, kita digalakkan untuk memperbanyakkan berselawat ke atas Rasululullah S.A.W dan membaca surah Al-Kahfi. Sebagaimana Rasulullah S.A.W berkata: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat".(HR Hakim)
Pejam celik pejam celik tak terasa hari ni dah jumaat yang terakhir untuk bulan Syaaban. Dan tak lama lagi bulan yang ditunggu-tunggu, yang datangnya hanya setahun sekali bakal menjelma lagi. Ramadhan yang dirindui bakal tiba lagi. Beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan diampunkan segala dosa. Subhanallah, tak sabar rasanya untuk sekali lagi merasai nikmat berada di bulan tersebut. Moga masih diberikan kesempatan dan waktu untuk sekali lagi diri ini menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Sudah cukup bersedia kah kita untuk sekali lagi bertemu dengan bulan yang sungguh mulia itu. Mudah-mudahan sahaja, sudah cukup bekalan yang kita sediakan sepanjang tahun ini untuk kita bawa ke bulan tersebut.
Tatkala berbagai cubaan yang mendatang,
Ketika air mata tidak mampu lagi ku tahan,
Merintih dalam sujud, mengharap kasih dariNya,
Agar dapat dihapuskan segala duka lara ini,
Kerana Dia, aku masih disini,
Terus melalui hari-hari mendatang,
Walau terkadang ia payah,
Namun ada Dia di sisi,
Ketika kasihNya itu membelai jiwaku hati merasa tenang,
Tiada lagi kekusutan yang melanda di jiwa,
Ujian sepanjang perjalanan menguatkan aku,
Kini aku melangkah lagi dan sekali lagi aku bertemu dengan 'nya',
'Dia' yang sangat aku rindui,
Ya, itulah dia Ramadhan,
Bulan dilimpahkan segala nikmat dan kurniaanNya,
Bulan diampunkan segala dosa,
Bulan yang penuh dengan berkat dan rahmatNya.
Ya Allah, jika aku masih berkesempatan lagi untuk bertemu dengan RamadhanMu kali ini, berilah aku kekuatan dan ketabahan agar mampu aku laksanakan segala ibadahMu dengan sempurna dan istiqamah. Sungguh, hambaMu yang daif ini mengharapkan agar Ramadhan pada kali bakal membawa sinar yang baru dan sesuatu yang lebih bermakna buat diri ini. Amin.
0 Komen