Fill your silence with zikir. Mari berzikir!




Salam Jumaat. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin memadangkan sekarang ni masih lagi bulan Syawal kan. Apa-apa pun, semoga hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelum ni. Bersempena dengan hari Jumaat hari ni, hari yang penuh dengan berkat marilah kita sama-sama mulakan hari ni dengan melafazkan zikir, Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar,  memuji-muji kebesaran Illahi. Pada yang belum mulakan lagi tu, jom lah. Mulai hari ni, saat ni kita jadikan amalan zikir ni sebagai satu amalan utama yang kita perlu buat setiap hari. Kalau kita boleh update status kat facebook setiap hari, update blog hari-hari, kenapa tidak kita jadikan zikir itu peneman kita setiap masa. Zikir bukan ketika solat sahaja, berzikir boleh dibuat bila-bila masa dan di mana-mana saja malahan tengah shopping pun kita boleh zikir, kalau tak nak lafaz kuat, cukup lafaz dalam hati. 

Zikir juga pengikat kasih kita dengan Allah s.w.t, lebih banyak kita berzikir, lebih dekat kita dengaNya. Zikir itu sendiri merupakan perbuatan mengingati Allah s.w.t dengan menyebut namaNya melalui perbuatan, lidah ataupun hati. Zikir juga mampu menjadi penawar hati buat hati-hati yang gelisah. Amalan ini juga merupakan kaedah yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sebagai salah satu cara untuk menenangkan jiwa.

Allah telah berfirman: "Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." [Surah Ar-Ra'd:28]




Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ 

Antara 10 kebaikan berzikir:
  • Menjadi benteng daripada syaitan.
  • Dilimpahi keredaan Allah s.w.t.
  • Dimurahkan rezeki.
  • Dapat membangkitkan aura sahsiah peribadi murni.
  • Hampir dengan Allah s.w.t dan diangkat darjat.
  • Dapat menghidupkan dan menjernihkan hati.
  • Dapat mengelakkan diri dari sifat mazmumah.
  • Mampu membina fikiran yang positif dan dinamik.
  • Bersedia hidup penuh berani dan diberi kekuatan.
  • Menenggelamkan sifat munafiq.



Itu sahajalah perkongsian hari ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat, tulisan itu juga ditujukan khas untuk diri ini semoga menjadi peringatan agar melaksakan setiap apa yang disampaikan. Moga diri ini istiqamah. Amin :)


You Might Also Like

0 Komen