My Travelogue: Tawau, Sabah



Assalammualaikum. Hai. Selamat malam!


Best agaknya kalau boleh travel hari-hari kan, tapi tu lah tak da benda yang percuma kat dunia ni, semua perlukan duit.. hihi..tapi tak bermakna tak da duit, kita tak boleh enjoy.

Baru-baru ni kan cuti sekolah seminggu, so my parents plan nak pergi bercuti, mula-mula ingat nak balik kampung tapi tengok-tengok dah book tiket flight. Cepat ja dorang buat keputusan, tak tanya pun kita ni free ke tak..hihi..

Ok, ni kira percutian singkat, 4 hari 3 malam. Tak lama mana pun tapi cukuplah untuk merehatkan fikiran dan melihat bumi ciptaan Allah yang luas ni. Walaupun ni bukan pertama kali naik flight tapi tak tahu kenapa nervous semacam ja masa dalam flight tu walaupun perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau hanya mengambil masa selama 35 minit ja tapi rasa macam berjam-jam lamanya..hihi..tapi Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi.





Benda pertama yang dibuat bila dah sampai bandar Tawau ialah cari tempat tinggal, so jumpa satu hotel. Betul-betul kat tengah bandar, memang agak strategik juga lah, senang nak cari tempat makan sebab kat keliling hotel ada banyak restoren. Walau di mana pun berada makan tu juga yang penting ya..hihi..view dari bilik pun boleh tahan menarik juga, boleh nampak satu bandar, nampak laut dan paling menarik boleh nampak sebuah masjid yang sangat cantik yang terletak kat tengah-tengah bandar.


Masjid Bandar Tawau
(Pemandangan dari bilik pada waktu malam)


Hari kedua baru jalan-jalan kat bandar, memandangkan time tu adalah sehari sebelum Hari Raya Haji, memang sangat ramai orang. Tempat pertama yang dikunjungi ialah Pasar Tanjung Tawau. Pasar ni memang besar dan sangat banyak barang, macam-macam ada, ada barang-barang keperluan dapur seperti sayur-sayuran, buahan-buahan, ikan, ayam, ikan masin dan lain-lain lagi. Tapi semua tu dah biasa lah kan jumpa kat pasar. Jadi, apa yang menarik dekat pasar ni? Kalau bagi saya, kat sini boleh jumpa makanan-makanan yang unik. Banyak sebenarnya makanan unik yang dijual dalam pasar ni yang saya nampak susah nak jumpa kat tempat lain contohnya keropok belinjo, kuih bangke, kuih burasa, kerepek rumpai laut dan sebagainya. Tapi kalau kat Tawau ni, terkenal dengan keropok amplang. Pernah dengar tak? Memang wajib beli bila datang kat sini. Tempat lain pun ada jual juga keropok ni tapi kat sini lagi murah lah. Boleh borong sekotak bawa balik rumah..hihi. Selain makanan, ada satu lagi yang menarik dekat pasar ni, peralatan dapur seperti kuali, bekas air, periuk kukus, periuk tingkat, sudip juga memang banyak dijual di sini, dan memang lagi murah berbanding kat tempat lain. Confirm para-para ibu dan suri rumah yang datang kat sini memang rambang mata lah, termasuk lah my mum yang dah borong beberapa set kuali dengan bekas air..kononnya nak guna nanti kalau ada kenduri..hihi..



Pasar Tanjung Tawau
(Dapat ambil gambar tepi-tepi ja, ramai sangat orang time ni..
tak larat nak round-round lagi..hihi)



Keropok Amplang




Kuih Burasa, Keropok Belinjo Madu, dan Keropok Sotong



Destinasi seterusnya ialah Pasar Gantung, Tawau. Beberapa minit ja dari hotel, jadi boleh lah exercise sikit jalan kaki. Kalau kat sini, apa yang menarik ialah banyak cenderamata seperti keychain, mutiara, beg dan baju yang dijual di sini. Harga pun agak berpatutan juga, ada yang murah, ada juga yang mahal tapi boleh tawar-menawar. So kalau datang sini bolehlah belikan ole-ole untuk keluarga dan sahabat anda.



Beg buatan tangan




Sempat juga beli satu beg, banyak-banyak benda ni yang paling menarik hati..hihi..


By the way, tu ja antara tempat-tempat yang sempat dikunjungi. Memandangkan keadaan yang agak berjerebu kat sana, tak dapat nak jalan-jalan sangat. Jadi selebihnya masa dihabiskan berehat dalam bilik, santai-santai dan makan-makan dengan keluarga. Enjoy juga dapat luangkan masa dengan keluarga. 


Hopefully, next time in sha Allah boleh lagi travel pergi tempat-tempat yang menarik. Nak habiskan dulu tempat-tempat kat Sabah dan Semenanjung ni, sebelum pergi ke luar negara.



makan kimbap sambil update blog pun jadi lah kan..ambil feel..
mana tau lepas ni boleh travel ke Korea pula...hihi..



"If traveling was free you'd we never see me again" :D


You Might Also Like

6 Komen

  1. anda ditag.... :)) jom sertai GA ini,
    http://kenny977.blogspot.com/2015/09/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html

    ReplyDelete
  2. amplang.... suka perisa sotong :D

    ReplyDelete