Bersangka baik.







Bukan semua ujian dan musibah yang datang bertujuan untuk melemahkan kita. Sebaliknya, ingin menjadikan kita lebih kuat. 


Kadang-kadang ada masa kita rasa macam dah buat satu pilihan yang salah dalam hidup, nak patah balik pun dah tak dapat dan akhirnya kita rasa sangat menyesal dengan pilihan yang kita dah buat tu. Tapi, percayalah ada sebab kenapa kadang-kadang kita salah sebab dari situ Allah nak kita belajar sesuatu agar suatu masa nanti kita tak akan ulangi kesilapan yang sama lagi.


Sedih memanglah sedih. Tapi tak guna bersedih setiap hari. Bukan Allah nak menghukum kita sebaliknya nak mendidik hati kita untuk terima yang apapun pun pilihan yang kita dah buat, bersangka baiklah dengan takdir Allah. Jangan mudah menyalahkan takdir bila sesuatu benda tu tak menjadi. Mungkin kita susah nak nampak sebab kita cuma manusia yang tak lekang dari buat dosa tapi Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Bersyukurlah jika kita sedar dari kesilapan kita dan tidak terus menerus mencari sebab kenapa kita yang perlu melalui semua ujian tersebut. 


Ada sebab kenapa Allah beri kita ujian tu semua. Kenapa Allah beri kita bahagia atau derita, sebab Dia nak kita lebih dekat kepada Dia. Jadi, teruskanlah hidup, jangan mengalah dan nikmatilah ia selagi ada nafas.


Paling penting, bersangka baik dengan Allah dan pecayalah DIA hanya ingin yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 




"Tanpa kita sedar, Allah bantu kita dalam diam. Bersangka baik."




Bukan hanya bahagia tercipta didunia.
Bersabarlah.
Allah tahu segalanya.



Live you life and smile. :)


Share:

8 Komen

  1. sebab segala kesusahan yg berlaku tu mesti ada hikmah disebaliknya. contoh kalau kite gagal exam ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..betul tu Sis..setiap yang berlaku ada hikmahnya. :)

      Delete
  2. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama2 kita. :')

    ReplyDelete
  3. kita pun kdg2 rasa nk patah blk lepas apa yg dh buat huhu, untung jumpa entry ni hee dpt buat peringatan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..untuk peringatan diri sendiri juga ni. :)

      Delete