Bismillah.
Assalammualaikum.
Assalammualaikum.
Sedar tak kadang-kadang dalam hidup ni kita diuji dengan ujian yang sama cuma yang bezanya ialah insan yang dihantar kepada kita.
Kita masih rasa sakit yang sama.
Sebab apa?
Sebab kita masih gagal belajar dari ujianNya.
Sebab apa?
Sebab kita masih gagal belajar dari ujianNya.
Mungkin kita yang terlalu leka. Seronok sampai kita lupa Dia.
Apabila Allah uji kita dengan kecewa masa tu lah kita rasa ibarat dunia ni dah berhenti berputar, hati rasa sangat sakit dan air mata pun sudah tidak mampu ditahan.
Tetapi percaya lah bahawa Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan kita dan ada sebab di sebalik semua yang terjadi.
Allah uji sepaya kita kembali semula padaNya yang mungkin sudah terlalu jauh tersimpang. Allah uji sebab Dia sayang kita.
Allah sangat sayang kita.
Dia tak nak kita terus leka. Sebab tu Dia sedarkan kita.
Jadi janganlah bersedih lama-lama. Banyak lagi nikmat lain yang Allah kurniakan yang kadang-kadang kita tak sedar pun.
Bersyukurlah kalau kita masih punya keluarga.
Bersyukurlah kalau kita masih punya kawan-kawan.
Bersyukurlah kalau kita masih punya tubuh badan yang sihat.
dan bersyukurlah kalau kita masih bernafas hari ni sebab kita masih punya masa untuk perbaiki diri kita.
Tak selamanya kita akan kecewa dan sedih.
Kadang-kadang kita perlu lihat ujian dari sudut yang lebih baik. Bukan sekadar untuk ditangisi tapi juga untuk disyukuri.
Saat di rundung kesedihan,
Tuhan menawarkan kita sesuatu yang lebih indah
dari sejambak bunga,
Dia menawarkan cinta.
Kembalilah dalam pelukan kasih sayangNya
(via ummurumaysa)
"Setiap hari adalah indah jika kita memilih untuk melihat ia seperti itu"
12 Komen
betul sis.... setuju sgt... Allah akan beri kita ujian krn Dia syg kita, spy kita kembali kepadaNya slu....
ReplyDeleteya..betul tu..Allah uji sebab Dia sayang kita :)
DeleteSetiap ujian yang Allah berikan kpda individu berlainan mengikut tahap kemampuan diri seseorg insan itu . Yup, kita kena banyak bersyukur =)
ReplyDeletehttp://hanismasturina.blogspot.my/
yup, betul tu..:)
Deletesalam,
ReplyDeleteujian itu cinta :)
Waalaikumusalam..
Deleteya..:)
that is why they said 'there's rainbow behind the silver lining' :')
ReplyDeleteya..that's true..there's always a rainbow after the rain..hee :)
Deletebetul2 :) thanks for the reminder :)
ReplyDeleteqila baru cm nak nangis sbb nk masuk degree apa semua ni hehe. thanks kak <3
your welcome dik..jangan nangis2..hihi..enjoy ur life during study..good luck k:)
DeleteBenar :) pasti ada hikmah di sebalik ujian tu.
ReplyDeleteya..di sebalik ujian pasti ada hikmah :)
Delete