Siapa Suka Kucing?


Bismillah.

Assalammualaikum. Hai!



Siapa sini suka kucing? Ok, kita geng!..hihi..yang tak suka kucing mesti tak faham kenapa kita suka kucing kan..tak apa, kita tak paksa pun dorang faham..hihi..

Dari pemerhatian saya sejak beberapa tahun hidup dikelilingi oleh kucing ni, kucing adalah haiwan yang paling faham perasaan kita..haha..saya tak tahu la kalau korang pernah rasa macam ni. Tapi kadang-kadang tu bila saya sedih atau tengah tak ok, kucing saya akan datang tempat saya, duduk depan dan padang saya sambil kelip-kelip mata seolah-olah nak cakap dengan saya supaya jangan bersedih..entah betul ka atau saya ja yang fikir begitu..haha.. 

Saya memang dari dulu suka kucing dan Alhamdulillah family pun suka juga jadi tak da masalah nak pelihara kucing kat ruma. Kat rumah ada 5 ekor kucing tapi yang paling disayang ada seekor ni, nama dia Mimi, yang lain bukan saya tak sayang, sayang juga cuma dalam banyak-banyak mesti ada satu yang favourite kan..hihi.. Mimi ni baru ja saya pelihara, tahun lepas. Tak tahu macam mana boleh lepas sampai kat rumah atau ada orang yang buang. Waktu tu baru balik dari bercuti kat kampung, sampai rumah ja terdengar bunyi kucing mengiau kat tepi pasu bunga mak. Kita pun pergi la tengok dan sejak hari tu saya jaga bagi makan sampai la ke hari ni. Dulu kecil ja tapi sekarang ni da besar macam anak beruang..hihi..


Dah cerita panjang-panjang ni saya nak kongsi sikit keistimewaan memelihara kucing. 

1. Terapi mental dan emosi yang baik.

2. Dapat menjaga kesihatan fizikal.

3. Dapat mendisplinkan diri.

4. Membuang sifat kedekut.

5. Dimurahkan rezeki.


Kucing ni haiwan yang bersih. Ada kajian yang dijalankan mendapati kucing mempunyai peranti pembersih yang dipanggil Lysozyme. Lysozyme ni la yang menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing. Canggih sungguh nama agen pembersih tu ya..hihi..

Lagi satu, kucing tak suka air sebab air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria. Jadi faham-faham la kenapa kucing tak suka mandi tapi kadang-kadang selalu juga paksa kucing mandi..kesian...hihi..








credit





Pengsan lepas makan ikan rebus satu mangkuk..hihi...



Nak berkasih sayang dengan si bulus tapi kena cakar pula..T_T
untunglah siapa yang tak pernah kena cakar lagi..hihi..



Setakat tu ja la nak share hari ni. Line internet ni masalah betul hari ni. Tadi banyak da nak tulis tapi bila da line slow ni terus hilang semua idea..hihi..

Untuk pencinta kucing, teruskan mencintai dan menyayangi kucing-kucing anda. Bagi yang tak suka tu, tapi minta banyak cuma tolong jangan sakiti 'mereka', kucing-kucing tu. Mereka pun makhluk Allah juga yang menumpang tinggal kat dunia ni. Rasulullah saw dan sahabat pun sayang kucing. 



Nak tahu lagi detail tentang kucing boleh baca kat sini 8 Keistimewaan Memelihara Kucing atau Kucing Haiwan Yang Bersih!.



p/s: Untuk bakal hasben sila pastikan anda suka kucing ya..haha..

Share:

8 Komen

  1. comelnya kucing yang tido tu..selalu kucing kalau bagi ikan rebus mesti bulu cantik. ^^ dan gebu..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tido je kerja tu lagi2 lepas makan..oo..kena bagi makan ikan rebus ni hari2 supaya bulu cantik..:D

      Delete
  2. Bonde pon suka kucing... ada bela 2 ekor, emmm sekarang tgh bigung kenapa kucing jd garang yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa. .kita geng dgn bonde..hehe..oo, ye ke..kena bawa jumpa doktor haiwan tu..maybe ada yang tak kena sebab tu jadi garang..

      Delete
  3. saya takut kucing..!tapi kucing tak takut saya!^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..mungkin sebab kucing rasa selamat sebab tu tak takut dengan awak..hihi..

      Delete
  4. fieyqa pun suka kucing. kat rumah ada 5 ekor hihi pernah kena cakar sekali paling teruk dalam sejarah, trauma kejap XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa..sama la..ada 5 ekor juga...kan, bikin trauma tapi tak tetap juga suka walaupun kena cakar..hihi..

      Delete