بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْمنِ الرَّØِيمِ
Assalammualaikum. Hi.
Giveaway pertama yang saya join untuk tahun ni. Harap-harap ada rezeki. :)
Jom kita support dan memeriahkan lagi giveaway ni. Jemput join ya semua.
Sila klik banner untuk join ya.
Good luck!
^_^
Bismillah.
Assalammualaikum.
It's February...yeay!!
Ok, I just decided my 2016 starts again on February 1st..:p
Boleh ke macam tu. Nak mula balik bulan baru ni..hihi..
Setelah melalui satu bulan yang agak memenatkan emosi. Kadang-kadang rasa macam nak kurung diri dalam bilik, tutup telefon, duduk diam-diam dalam bilik, tidur, tak nak ambil tau atau fikir apa-apa da. Kadang-kadang rasa macam depress pun ada.
Allah... :'(
Penat.
Penat bila fikir balik kenapa kena seksa diri macam tu. Sedih menangis macam orang putus harapan tapi jika itu ja cara untuk lupakan semua masalah.
Tapi bila dapat berbicara dengan Allah melalui doa.
Bila hanya ada kau dan DIA.
Masa tu la kau akan rasa semua beban-beban tu hilang. Hati kau akan jadi lebih tenang.
Insha Allah :)
Jadi untuk azam bulan baru ni tak harap banyak cuma harap diri ni akan lebih tabah dan kuat. Dimurahkan rezeki, dapat kerja cepat. Mak, abah, adik-adik, keluarga, kawan-kawan semua sihat.
Tu je nak cerita malam ni. Maaflah kalau terlebih emosi..hihi..
Selamat malam. :)
Bismillah.
Assalammualaikum. Hai!
Siapa sini suka kucing? Ok, kita geng!..hihi..yang tak suka kucing mesti tak faham kenapa kita suka kucing kan..tak apa, kita tak paksa pun dorang faham..hihi..
Dari pemerhatian saya sejak beberapa tahun hidup dikelilingi oleh kucing ni, kucing adalah haiwan yang paling faham perasaan kita..haha..saya tak tahu la kalau korang pernah rasa macam ni. Tapi kadang-kadang tu bila saya sedih atau tengah tak ok, kucing saya akan datang tempat saya, duduk depan dan padang saya sambil kelip-kelip mata seolah-olah nak cakap dengan saya supaya jangan bersedih..entah betul ka atau saya ja yang fikir begitu..haha..
Dari pemerhatian saya sejak beberapa tahun hidup dikelilingi oleh kucing ni, kucing adalah haiwan yang paling faham perasaan kita..haha..saya tak tahu la kalau korang pernah rasa macam ni. Tapi kadang-kadang tu bila saya sedih atau tengah tak ok, kucing saya akan datang tempat saya, duduk depan dan padang saya sambil kelip-kelip mata seolah-olah nak cakap dengan saya supaya jangan bersedih..entah betul ka atau saya ja yang fikir begitu..haha..
Saya memang dari dulu suka kucing dan Alhamdulillah family pun suka juga jadi tak da masalah nak pelihara kucing kat ruma. Kat rumah ada 5 ekor kucing tapi yang paling disayang ada seekor ni, nama dia Mimi, yang lain bukan saya tak sayang, sayang juga cuma dalam banyak-banyak mesti ada satu yang favourite kan..hihi.. Mimi ni baru ja saya pelihara, tahun lepas. Tak tahu macam mana boleh lepas sampai kat rumah atau ada orang yang buang. Waktu tu baru balik dari bercuti kat kampung, sampai rumah ja terdengar bunyi kucing mengiau kat tepi pasu bunga mak. Kita pun pergi la tengok dan sejak hari tu saya jaga bagi makan sampai la ke hari ni. Dulu kecil ja tapi sekarang ni da besar macam anak beruang..hihi..
Dah cerita panjang-panjang ni saya nak kongsi sikit keistimewaan memelihara kucing.
1. Terapi mental dan emosi yang baik.
2. Dapat menjaga kesihatan fizikal.
3. Dapat mendisplinkan diri.
4. Membuang sifat kedekut.
5. Dimurahkan rezeki.
Kucing ni haiwan yang bersih. Ada kajian yang dijalankan mendapati kucing mempunyai peranti pembersih yang dipanggil Lysozyme. Lysozyme ni la yang menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing. Canggih sungguh nama agen pembersih tu ya..hihi..
Lagi satu, kucing tak suka air sebab air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria. Jadi faham-faham la kenapa kucing tak suka mandi tapi kadang-kadang selalu juga paksa kucing mandi..kesian...hihi..
credit
Pengsan lepas makan ikan rebus satu mangkuk..hihi...
Nak berkasih sayang dengan si bulus tapi kena cakar pula..T_T
untunglah siapa yang tak pernah kena cakar lagi..hihi..
Pengsan lepas makan ikan rebus satu mangkuk..hihi...
Nak berkasih sayang dengan si bulus tapi kena cakar pula..T_T
untunglah siapa yang tak pernah kena cakar lagi..hihi..
Setakat tu ja la nak share hari ni. Line internet ni masalah betul hari ni. Tadi banyak da nak tulis tapi bila da line slow ni terus hilang semua idea..hihi..
Untuk pencinta kucing, teruskan mencintai dan menyayangi kucing-kucing anda. Bagi yang tak suka tu, tapi minta banyak cuma tolong jangan sakiti 'mereka', kucing-kucing tu. Mereka pun makhluk Allah juga yang menumpang tinggal kat dunia ni. Rasulullah saw dan sahabat pun sayang kucing.
Nak tahu lagi detail tentang kucing boleh baca kat sini 8 Keistimewaan Memelihara Kucing atau Kucing Haiwan Yang Bersih!.
p/s: Untuk bakal hasben sila pastikan anda suka kucing ya..haha..
Bismillah.
Assalammualaikum.
Assalammualaikum.
Sedar tak kadang-kadang dalam hidup ni kita diuji dengan ujian yang sama cuma yang bezanya ialah insan yang dihantar kepada kita.
Kita masih rasa sakit yang sama.
Sebab apa?
Sebab kita masih gagal belajar dari ujianNya.
Sebab apa?
Sebab kita masih gagal belajar dari ujianNya.
Mungkin kita yang terlalu leka. Seronok sampai kita lupa Dia.
Apabila Allah uji kita dengan kecewa masa tu lah kita rasa ibarat dunia ni dah berhenti berputar, hati rasa sangat sakit dan air mata pun sudah tidak mampu ditahan.
Tetapi percaya lah bahawa Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan kita dan ada sebab di sebalik semua yang terjadi.
Allah uji sepaya kita kembali semula padaNya yang mungkin sudah terlalu jauh tersimpang. Allah uji sebab Dia sayang kita.
Allah sangat sayang kita.
Dia tak nak kita terus leka. Sebab tu Dia sedarkan kita.
Jadi janganlah bersedih lama-lama. Banyak lagi nikmat lain yang Allah kurniakan yang kadang-kadang kita tak sedar pun.
Bersyukurlah kalau kita masih punya keluarga.
Bersyukurlah kalau kita masih punya kawan-kawan.
Bersyukurlah kalau kita masih punya tubuh badan yang sihat.
dan bersyukurlah kalau kita masih bernafas hari ni sebab kita masih punya masa untuk perbaiki diri kita.
Tak selamanya kita akan kecewa dan sedih.
Kadang-kadang kita perlu lihat ujian dari sudut yang lebih baik. Bukan sekadar untuk ditangisi tapi juga untuk disyukuri.
Saat di rundung kesedihan,
Tuhan menawarkan kita sesuatu yang lebih indah
dari sejambak bunga,
Dia menawarkan cinta.
Kembalilah dalam pelukan kasih sayangNya
(via ummurumaysa)
"Setiap hari adalah indah jika kita memilih untuk melihat ia seperti itu"
Bismillah.
Assalammualaikum. Selamat pagi.
Jom join dan meriahkan lagi segmen ni.
Klik banner untuk join.
Selamat bersegmen & selamat berjaya! :)
Assalammualaikum.
Morning!
Klik banner untuk join.
Tag: ACU ASHA & Aqilah Azmi
Tarikh tutup : 30 Januari 2016
Giveway January Cash RM500 by Emas Putih| Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016. Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :
1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.
2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.
5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !!
Harga : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke 019-544 3000
Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)
Assalammualaikum. Hai!
Blog dah bertukar wajah sekali lagi sempena tahun baru ni, entah untuk kali yang keberapa dah tukar..hihi..Saja nak tukar, asyik tengok yang sama ja, bosan juga kan. Sebelum ni blog simple ja, tema hitam sebab malas nak edit-edit, tapi tema kali ni sangat berwarna-warni ya...saya ulang..sangat berwarna-warni..harap pilihan warna kali ni tidak menyakitkan mata..hihi..
Saya tak pandai sangat bab-bab mengedit blog ni, setakat yang basic tu boleh lah. Terima kasih sangat-sangat kat blogger yang buat tutorial blog, dapat juga belajar sikit-sikit cara nak edit blog. Untuk header kali ni pun saya buat sendiri juga, simple ja..hihi..
Nak cerita pasal apa lagi ya..hihi..owh ya, masa tengah cari-cari idea untuk tukar tema blog ni, terjumpa gambar "watercolor flower". Tak tahu nak describe macam mana, nanti google lah kalau nak tahu ya..hihi..seriously dah fall in love dengan watercolor, sangat cantik. Contoh macam gambar kat bawah tu.
Setakat tu ja nak cerita hari ni. Nanti lebih-lebih, keluar tajuk pula..hihi..oklah, terima kasih sudi datang sini. Jemputlah datang lagi ya. :)
Assalammualaikum. Hi. :)
Segmen dan entri pertama untuk tahun baru..yeah..berjaya juga mengigihkan diri untuk menaip..hihi.. Sebelum tu, selamat tahun baru. Diharapkan tahun ni merupakan tahun yang terbaik untuk semua ya.
Jemput join segmen ni
Klik banner untuk join.
Review untuk blog Lissa:
- Blog awak kemas dan teratur, mudah nak baca.
-Pemilihan warna yang sesuai, sejuk mata memandang.
- Header blog awak cantik.
- Overall, semuanya ok pada pandangan saya..hihi..
Segmen tamat pada 12.00am, 14 Januari 2016.
Good luck yaa. :)




















