Muffin Coklat Nutella


Assalammualaikum. Hai.

Dah lama tak post pasal resepi-resepi ni. Jadi hari ni saya nak share la satu resepi muffin coklat yang sangat mudah. Tiba-tiba teringin nak makan muffin sebab rindu muffin yang kena jual kat sekolah masa study dulu..hihi..sebab teringin saya pun merajinkan diri untuk buat sendiri muffin ni memandangkan bahan-bahan pun dah ada kat rumah. Tak pernah buat sebelum ni. So this is the first time. Nak tengok jadi ke tak. Kalau tak jadi tak la saya post kan..hihi..

Ok jom tengok bahan-bahan untuk buat muffin ni. Saya bahagikan kepada dua,  bahan A dan bahan B.


Bahan A:

  • 250 tepung gandum 
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik

Bahan B:

  • 60 g mentega cair
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Topping:

  • Nutella
  • Coklat cip
  • Manik urai warna-warni

Cara-cara:

  1.  Ayak bahan A dalam mangkuk.
  2.  Satukan bahan B. Kacau rata.
  3.  Campurkan bahan A dan bahan B.
  4.  Kacau adunan hingga sebati dan rata.
  5.  Masukkan dalam mangkuk muffin 2/3 penuh.
  6.  Bakar pada suhu 175 °C selama 25 - 30 minit atau hingga masak.

Tu ja cara-cara nak buat muffin ni. Senang kan..hihi..untuk topping tu pula terpulang dengan kesukaan masing-masing la nak letak apa. Kalau saya sebab nak cepat, saya guna nutella. Saya masukkan dalam piping bag, tabur coklat cip dengan manik urai warna warni sikit. Lepas tu..siap la!..hihi..


  • Kalau yang suka coklat tu, boleh campurkan sekali coklat cip dalam adunan tepung tadi. Tak da masalah. Lagi sedap muffin tu. 
  • Untuk resepi ni saya tak guna mixer. Just kacau guna sudu ja. 
  • Kalau anda perasaan resepi ni tak guna telur. Yes, ni adalah resepi muffin tanpa telur. Kebetulan telur dah habis kat rumah..hihi..:D
  • Saya bagi nama muffin ni muffin coklat nutella sebab ada guna nutella walaupun tu bukan bahan utama. Saja ja nak bagi cantik nama..hihi..
  • Semua bahan ni memang senang nak cari kat kedai. 

Resepi asal boleh tengok kat SINI.







p/s: Saya ada bagi student saya rasa muffin ni. Sekelip mata ja dah habis...bukan nak puji diri tapi muffin ni memang sedap..hehe. So, you should try to do it. 





Share:

8 Komen