Hidup.my Jadikan Pencarian Bilik Sewa Lebih Mudah!



Assalammualaikum.


Adakah anda sedang mencari bilik untuk disewa? Mempunyai masalah untuk mencari bilik sewa? Usah risau dan khuatir kerana Hidup.my ada untuk memudahkan pencarian anda. 




Bagi yang belum mengetahui, Hidup.my merupakan rangkaian laman web yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Oktober 2015. Kebiasaannya laman sosial seperti Facebook atau pun Mudah.my. digunakan untuk mencari bilik sewa namun kedua-duanya bukanlah laman web khusus untuk pencarian bilik sewa. Oleh itu, Hidup.my dibangunkan untuk tujuan tersebut iaitu untuk membantu lebih ramai pengguna diluar sana untuk mencari bilik untuk disewa yang meliputi seluruh Malaysia. Bahkan bukan itu sahaja, Hidup.my juga boleh digunakan untuk mencari rakan serumah. Menarik bukan?




Bagi yang pertama kali menggunakan laman web ini, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah:



1. Uuntuk mencari bilik sewa, anda boleh klik pada pautan "Cari Bilik Sewa"


2. Untuk mencari rakan serumah pula, anda boleh klik "Cari Housemate"


Untuk makluman "Cari Housemate" merupakan ciri yang paling istimewa bagi Hidup.my kerana pengguna bukan sahaja boleh mencari bilik atau rumah sewa tetapi boleh juga mencari rakan serumah. Dengan ciri ini tentunya akan memudahkan lagi mereka diluar sana yang mungkin selalu mencari housemate untuk memenuhkan bilik atau rumah sewa mereka dan ianya juga berguna untuk kedua-dua, penyewa dan tuan rumah. Ini kerana, sekiranya anda mempunyai bilik atau rumah untuk disewa, anda juga boleh menggunakan laman web ini sebagai tempat untuk mengiklankan bilik sewa atau rumah sewa tersebut.

3. Untuk mengiklankan bilik sewa, klik " Iklan Secara Percuma!"



Terdapat 4 langkah mudah untuk mengiklankan bilik sewa. Langkah-langkah pengiklanan adalah seperti berikut:







Bagi memudahkan lagi pengguna di Malaysia yang majoritinya adalah pengguna mobile, Hidup.my juga boleh diakses menggunakan telefon pintar tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi. Ciri ini sudah tentu dapat membantu pengguna mencari bilik atau rumah sewa dengan lebih pantas lagi. 


Pada pendapat saya, dengan kos hidup yang semakin meningkat sekarang Hidup.my merupakan satu laman web yang sangat membantu sekali khususnya bagi mereka yang ingin mencari bilik sewa sesuai mengikut kemampuan masing-masing. 


Oleh itu, jom kongsikan tentang Hidup.my kepada keluarga, rakan-rakan, kenalaan dan sesiapa sahaja yang ingin atau sedang mencari bilik sewa. 


Untuk info lebih lanjut, anda boleh berkunjung terus ke:

Laman web : Hidup.my
Facebook    : Hidup.my


Share:

6 Komen

  1. Bagus ni...terutama untuk student...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. . memang berguna terutama sekali untuk student :)

      Delete
  2. hai, blog saya pun review pasal Hidup.my. Nice review! :D

    ReplyDelete
  3. Good review dear... berguna utk org yg nk cari bilik sewa.. definitely...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikla. moga bermanfaat untuk mereka yang tengah cari bilik sewa :)

      Delete