TERUSKAN.



Assalammualaikum.






Alahai lamanya tak buka blog. Saja buat-buat sibuk. hihi. Tak da la, cuma sekarang tengah rancang nak buat bisnes dengan sepupu. Dulu time study ada juga bisnes kecil-kecilan menjual kat U. Tapi lama da, so sekarang ni nak start balik. Tolong doakan ya. :)


Memang banyak kena fikir kalau nak buat bisnes ni. Macam mana nak start, bisnes apa yang korang nak buat, berapa banyak modal nak guna, macam mana nak promote. Well, tu semua memang kena fikir awal-awal. Alhamdulillah sepupu saya banyak bagi tunjuk ajar sebab dia pun sebelum ni dah ada pengalaman berbisnes. So thanks to her, tak lah serabut sangat nak fikir. hihi. 


Before this tak pernah terfikir pun nak ada bisnes sendiri sebab ingat dulu lepas study nak kerja. Nak kerja dengan orang. Tapi mungkin belum ada rezeki. So kena lah fikir cara lain nak cari rezeki kan. Jadi sekarang ni saya buat kerja sendiri. Saya bos, saya juga pekerja. hihi. Mula-mula kecewa juga lah, kawan-kawan lain dah dapat kerja. Saya pula kat rumah. Tapi tu lah kadang kita sendiri tak sangka macam mana cara Allah tolong kita. Rezeki Allah tu luas. Kalau Allah nak beri, Insha Allah kat mana sekalipun kita kerja, pasti Dia akan bagi. So saya buka tempat tuisyen kat rumah, di samping tu saya menjual juga dengan budak-budak sekolah. Alhamdulillah dah boleh support diri sendiri. Tak lah asyik minta duit dengan parents ja macam dulu..hihi. Dah faham dah kesukaran mereka nak cari duit. 


Dalam dunia ni, siapa yang tak pernah rasa down, jatuh, rasa macam gagal semua tu kan. Saya rasa setiap orang pun pernah lalui fasa macam tu dalam hidup. Saya pun pernah rasa macam tu. Tapi sampai bila kan nak terus macam tu. Selagi Allah masih beri peluang, hidup perlu diteruskan. So people, don't give up. Keep going. Kadang permulaan memang susah tapi yang susah tu lah yang akan ubah diri kau jadi seorang yang lebih kuat. Kalau jatuh, pujuk diri bangkit balik. Buang semua rasa- rasa negatif dan fikir yang baik-baik. Insha Allah semua akan baik-baik sahaja.




Semoga Allah permudahkan urusan semua :)


Share:

8 Komen

  1. rezeki Allah itu luas. kita hanya perlu ikhtiar. alhamdullilah dah berjaya awak buka bisnes. semoga terus success awak :)

    ReplyDelete
  2. semoga dimurahkan rezeki. solat sunat dhuha jangan dilupa =)

    ReplyDelete
  3. betul tu, mmg susah permulaan untuk membina hidup..
    fasa lepas belajar adalah fasa yang mencabar..
    kadang2 kita rasa nk giveup,
    tapi mmg kita tatau rezeki kita bila...
    tapi kadang2 kita lupa perancangan allah yg terbaik..

    good luck awak..
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. mula-mula memang susah tapi Insha Allah kalau kita betul2 nak dan usaha, Allah pasti bantu :)

      Terima kasih :)

      Delete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan, inshaallah :)

    ReplyDelete