Usaha.



Assalammualaikum. Selamat malam.


Lately ni dah jarang pula buka dan update blog. Bukan malas tapi tengah urus sesuatu sekarang ni, harap semuanya berjalan lancar lah. Nak sangat menulis sesuatu sebab tu ja cara nak luahkan. Tak tahu nak cerita dengan siapa jadi blog ni lah jadi mangsa, dari dulu sampai lah sekarang..hihi. Bukan tak nak cerita tapi kadang entah lah mungkin jenis yang tak suka cerita kot dengan orang sebab memang tak pandai nak berkata-kata. Dulu pernah juga lah join satu group ni, ada satu hari tu dorang buat sesi meluah. Time tu nak luah apa, luah lah. So bila sampai turn saya, saya cuba lah nak cakap dan meluah sebab memang agak stress juga masa tu lagi-lagi time study tapi lastly tak tercakap sebab air mata yang keluar dulu. Actually banyak yang saya nak luah tapi tak dapat dah nak tahan perasaan masa tu. So tak tercerita sebab menangis. Bila ingat balik, kesian kat kakak yang handle group tu, penat dia nak tenangkan saya. haha. Tu lah memang tak suka bab-bab nak meluah kat orang ni. So dari hari tu lah saya start menulis. Menulis ja saya boleh luahkan semua. Orang tak nampak pun kalau saya menulis sambil menangis sekalipun. tapi tak lah sampai macam tu ..hihi.

Ok nak cerita apa sebenarnya ni..hihi. Haa, pasal usaha. Kalau nak sesuatu kena lah usaha kan. Tapi tak cukup tu ja, doa juga penting dan seterusnya kita serahkan pada Allah. Kadang ada masa kita rasa dah cukup usaha tapi kenapa masih tak juga dapat apa yang kita inginkan. Kalau rasa macam ni, jangan lah berputus asa. Bukan bermaksud Allah tak nak bagi tapi mungkin belum masanya lagi. Kalau kita dah usaha, doa dan berserah pada Allah sepenuhnya, percayalah Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Kita cuma perlu bersabar dan bertenang. 


Nak ingatkan diri sendiri juga sebenarnya. Sebab kadang-kadang tu rasa macam nak putus asa juga tapi bila ingat balik kita kena jadi kuat ni bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri kita sendiri juga. Kalau kita sendiri putus asa macam mana Allah nak tolong kita kan. So kena lah bangkit, doa dan minta kat Allah supaya jadikan diri kita seorang yang kuat dan tak cepat putus asa. Dah macam bagi ceramah pula..hihi. Oklah tu ja nak share malam ni. 







Whatever happens, stay strong friend! :)

Share:

8 Komen

  1. salam moga dipermudahkan segala urusan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. Insha Allah. amin :)

      terima kasih.

      Delete
  2. Thanks for sharing its been a while, hope all is well with you and the blogging. Come over and have a read of Salah - Prayer my latest bloglet. Would love to hear your thoughts.
    Take Care

    ReplyDelete
  3. Usaha tangga kejayaan..Jangan pernah mengeluh and jangan pernah putus asa..Bak kata Rani Kulup, Kipidap Dingibap..Hihi..! =)

    ReplyDelete
  4. Usaha dan terus berusaha sehingga berjaya

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah memudahkan segala urusan sis. Don't give up!

    Jemputan ke segmen kita.
    * http://alongwawaerna.blogspot.my/2016/04/erna-mini-giveaway-april-mei-2016.html

    ReplyDelete