Ada Apa Dengan 16 Mei?


Bismillah.

Assalammualaikum. Salam sejahtera.





Tarikh 16 Mei 2016 memang dah jadi salah satu tarikh penting dalam kalendar. Tau tak kenapa? Sebab 16 Mei merupakan Hari Guru. Jangan buat-buat tak tahu pula. hihi.

Cantik tema hari guru tahun ni kan"Guru Pembina Negara Bangsa" :)


Jadi di kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada kedua ibu bapa saya yang dah jadi guru terbaik dalam hidup saya. Untuk mak yang juga seorang guru, semoga terus kuat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. 

Selamat Hari Guru untuk guru-guru yang pernah mendidik saya. Guru-guru tadika, guru-guru sekolah rendah, guru-guru sekolah menengah, guru-guru sekolah agama, pensyarah-pensyarah asasi, pensyarah-pensyarah degree. Tak lupa juga guru kelas memandu dan guru kelas memasak. Anda semua adalah guru-guru yang dah mengajar saya banyak perkara dalam kehidupan. Terima kasih sangat-sangat. Ungkapan terima kasih tak akan cukup untuk balas segala jasa kalian semua sebab saya tahu betapa besarnya pengorbanan seorang guru untuk anak-anak murid dia dan betapa susahnya menjadi seorang guru. Kena berdepan dengan bermacam-macam karenah anak-anak murid setiap hari. Oleh itu, untuk adik-adik di luar sana yang masih study, ni akak nak nasihat, tolong hormati dan hargai guru-guru anda ok. Tak dapat bagi hadiah pun tak apa, sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih. Tu pun dah bermakna buat mereka. 

Untuk kawan-kawan yang bakal jadi guru, selamat bertugas. Untuk kawan-kawan yang dah jadi guru, teruskan usaha anda mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna untuk masa hadapan. Semoga berjaya semua.

Akhir sekali, Selamat Hari Guru untuk semua guru. Semoga Allah berkati dan permudahkan segala urusan anda semua.


Sekian. Terima kasih.


p/s: selamat hari guru juga untuk diri sendiri. semoga terus kuat mengajar. ewah. hihi.
 

You Might Also Like

4 Komen

  1. selamat hari guru untuk semua guru-guru baik yang sedang dan masih bertugas atau yang telah bersara... :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam. terima kasih ^_^

    ReplyDelete