mei

Review Blog: Pemenang Segmen



Bismillah.



Assalammualaikum. Hai semua.




Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak buat review blog untuk pemenang segmen yang telah saya anjurkan baru-baru ni. Ada 5 blog yang telah terpilih untuk saya review. First time sebenarnya saya review blog ni. hihi. Ok lah, jom kita baca sama-sama. hihi. :D









Ok yang pertama, blog ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~. Owner blog ni berasal dari Johor dan seorang ibu. Mula-mula buka, terus tertarik dengan header blog ni. Cantik sangat, bunga-bunga gitu. hihi. Sidebar pun cantik. Tersusun dan tak terlalu crowded dengan widget. Warna yang dipilih pula sejuk mata memandang. Pelbagai cerita dikongsi di blog termasuklah info pasal islam. Resepi pun ada juga. Memang menarik untuk dibaca. Teruskan menulis ya. :)






Blog Sweet Melody memang serius sangat comel dan cantik!Sweet sangat blog ni se sweet nama nya. hihi. Warna pink lagi tu. Owner blog ni mesti suka pink kan. hihi. Header tu pun comel sangat. Memang cantik dan tersusun cara dia hias sidebar tu. Sweet ja tengok. Dari segi pemilihan warna, tak perlu cakap banyak, memang terbaik. Saya sokong sebab suka warna pink juga. hihi. Dari segi entri pula tak kurang hebatnya. Banyak info-info menarik yang dikongsi. Keep it up! :)






Blog seterusnya adalah kepunyaan Mieza Suhaini. Tak kurang hebatnya macam blog-blog yang lain. Simple tapi tetap menarik. Padat dengan pelbagai info dan tips-tips berguna. Memang bermanfaat untuk dibaca. Selain tu, blog ni juga tak terlalu banyak gadget jadi nampak kemas dan tersusun. Tak crowded sangat. Sejuk mata memandang juga. hihi. Font tulisan pun ok, senang nak baca. Pendek kata, blog ni memang awesome. :)




Blog - Amirah Azman - , seorang blogger dari Perak. Suka sangat dengan background hitam tu. Header blog ni memang serius cantik. Simple tapi nampak elegan. Suka combination warna dia. Matching sangat dengan background. Sidebar pun kemas, tak terlalu crowded dengan gadget. Dari segi entri, banyak juga cerita yang dikongsi dalam blog, ada tutorial, tips dan macam-macam lagi yang bermanfaat untuk dibaca. Overall, nice blog dear. hihi. Teruskan berblogging ya. :)




Blog terakhir untuk saya review adalah kepunyaan Syuha Zlkfl. Another simple blog yang awesome. Header cantik, memang suka dengan style header macam tu. Simple tapi masih nampak menarik dan elegan. Plus, suka kata-kata kat header tu "Menulis dari bercakap apa yang dirasa hari-hari". Tak banyak widget dan gadget kat blog ni. So memang nampak kemas sangat. Banyak juga cerita yang dikongsi dalam blog. Secara keseluruhannya, simple tapi still comel. hihi. Teruskan menulis. :)



Oklah setakat itu sahaja yang saya dapat review. Maaflah ambil masa yang lama. Harap korang berpuasa hati ya. Jika ada yang terkurang kat mana-mana harap dimaafkan. Untuk blogger-blogger yang lain sila lah berkunjung ke blog mereka ni. 


Sekian. Terima kasih :)


                  

You Might Also Like

12 Komen

  1. nanti ain nak singgah ke blog mereka ini . :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terima kasih sangat sis syaidah sudi review blog sy. Jemput gais ke blog sy lot of love ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah terima kasih sangat sis syaidah sudi review blog sy. Jemput gais ke blog sy lot of love ;)

    ReplyDelete
  4. Okay nak terjah blog diorg.. Blog Junnharaa mmg ohsem suka header dia =)

    ReplyDelete
  5. huhu, tahniah yang dapat direview blognya..
    mcm lama betul blog sy xkena direview.. haha..

    Jalan-jalan Sini,

    Ketahui Teknik Basis SEO site.

    ReplyDelete