It's time for al-Kahfi.



Bismillahirrahmnirrahim. 

Assalammualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, dah hari Jumaat rupanya. Cepat masa berlalu lagi-lagi bila tengah cuti ni, tak terasa dah seminggu cuti. Memandangkan cuti ni tak sibuk sangat maka agak rajinlah diri ni nak berkongsi sesuatu pada hari ni. Hanya nak berkongsi tentang kelebihan membaca surah al-Kahfi. Mungkin ada yang sudah sedia maklum tentang kelebihan surah tersebut, tetapi hanya ingat saling ingat-mengingati, manalah tahu ada yang terlupa kan. 

Surah al-Kahfi mempunyai seratus sepuluh ayat dan memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi daripada fitnah Dajal jika menghafal 10 ayat terawal. 

Antara hadith mengenai kelebihan surah al-Kahfi:


Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”

 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”

 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]




Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

[ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”


 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]




Baiklah, setakat itu sajalah perkongsian untuk pagi ni. Semoga ianya bermanfaat untuk semua. Salam Jumaat dan selamat memperbanyakkan ibadah. :)




You Might Also Like

4 Komen