Bismillah.
Assalammualaikum.
Siapa yang tak suka cantik, semua orang pun nak cantik kan. Allah juga sukakan kecantikan. Tapi tak da guna juga cantik kalau tak sihat kan, so kalau nak cantik luaran, dalaman juga perlu sihat. Ada macam-macam cara sebenaranya nak sihat dan cantik dan salah satu cara adalah dari segi amalan kita dan cara pemakanan kita. Bagaimana cara kita jaga tubuh badan kita, apa yang kita makan, berkhasiat atau pun tidak. Nak paling senang, kita boleh jadikan cara Rasulullah SAW sebagai contoh dan amalkan dalam kehidupan seharian kita.
" Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan."
(Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).
Antara amalan Rasulullah SAW adalah:
Madu
Rasulullah SAW mengamalkan pengambilan madu pada waktu pagi sebelum sarapan dengan cara mencampurkan dengan air sejuk. Selain manfaat untuk kesihatan, penggunaan madu juga boleh mencantikkan kulit muka. Boleh gunakan madu sebagai scrub atau pencuci muka.
Tidak makan dan minum berlebihan
Rasulullah SAW tidak makan dan minum secara berlebih-lebihan sepertimana dalam ayat al-Quran yang bermaksud " makan dan minunlah dan janganlah berlebih-lebihan" (Surah al-A'raf, ayat 31).
Puasa sunat Isnin dan Khamis
Rasulullah SAW mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis untuk menyeimbangkan kesihatan.
Bersih dan rapi
Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi pada setiap hari Khamis atau Jumaat.
Bangun sebelum Subuh
Antara hikmah bangun sebelum Subuh adalah mendapat pahala serta udara segar pada waktu subuh juga dapat membantu menguatkan akal fikiran.
Pemaaf
Jadilah seorang yang pemaaf kerana sifat ini dapat menenteramkan jiwa.
"Tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh demikian itu termasuk perbuatan yang mulia"
(Al-Quran 42:43)
Tidak Pemarah
Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatNya agar tidak marah jika mahu kekal cantik kerana kesihatan dan kecantikan bukan hanya pada luaran, bahkan dalaman juga iaitu kebersihan jiwa.
Sumber: Majalah Dara.com
2 Komen
Cantik dan sihat di dalam dan di luar. insyaAllah
ReplyDeleteya..in sha Allah..:)
Delete