6 Perkara Perlu Elak Untuk Tidur Lena


Bismillah. 

Assalammualaikum. Selamat malam. 

Baru-baru ni ada baca dalam Majalah Mingguan Wanita pasal perkara yang perlu dielak agar dapat tidur yang lebih lena. Memandangkan tidur malam yang lena tu penting supaya badan kita dapat rehat yang secukupnya jadi saya nak share apa yang saya dah baca tu, mana tahu berguna untuk mereka yang susah nak tidur lena.



6 perkara yang anda perlu elak agar tidur lebih lena ialah:


1. Telefon bimbit

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan peralatan elektronik seperti telefon bimbit atau menonton televisyen sebelum tidur mampu menganggu waktu tidur malam anda. Elakkan dari menggunakan apa juga teknologi setidak-tidaknya satu jam sebelum tidur.

Boleh kah tak tengok telefon bimbit sebelum tidur, macam susah ja nak elak ni sebab sebelum tidur memang wajib akan tengok telefon bimbit, check whatsapp, main game dan sebagainya..hihi..






2. Ubat

Mengambil sesetengah jenis ubat seperti ubat anti tekanan memberi kesan yang kuat terhadap tidur. Begitu juga dengan beberapa jenis ubat tahan sakit yang membuatkan perut berasa tidak selesa sehingga menyebabkan anda susah melelapkan mata.

Sepanjang pengalaman ambil ubat sebelum tidur tak dah juga masalah macam ni, lagi lena tidur adalah..hihi.. mungkin tengok jenis ubat juga kot.





3. Kopi

Kopi mengandungi 80 hingga 120 miligram kafein bagi setiap cawan. Kafein yang masuk ke tubuh mampu bertahan sehingga 12 jam sekali gus membuatkan tubuh sentiasa berasa segar dan bertenaga.


Paling susah nak elak ni. Tak tidur lena pun tak apa lah, asalkan dapat minum kopi!
I love coffee..:D







4. Teh

Selain kopi, teh juga merupakan sumber kafein. Mungkin boleh gantikan dengan minuman lain seperti susu.





5. Coklat

Coklat juga mempunyai paras kafein yang tinggi disebabkan kandungan koko yang banyak di dalamnya termasuklah sejenis bahan yang dikenali sebagai theobromine. Ia dipercayai berfungsi sebagai perangsang malah terbukti berupaya meningkatkan denyutan jantung sekali gus menyukarkan untuk tidur pada waktu malam.





6. Tekanan

Seeloknya, 30 minit sebelum tidur cuba lapang dan tenangkan fikiran. Lupakan apa sahaja masalah yang menyesakkan pemikiran anda.





Saya tak tahu sama ada cara ni berkesan untuk anda atau pun tidak sebab lain orang lain caranya kan. Saya cuma berkongsi semoga ada manfaat untuk siapa-siapa sahaja. Good luck! Semoga dapat tidur dengan lena. :D 





You Might Also Like

8 Komen

  1. bace2 tp no 1 pun x lepas ag ni, kih3, sy mmg xleh kalo xtgk phone..

    ReplyDelete
  2. mne blh ta ngadap phone dulu... hobi tuh.. hehehe~

    ~wink~

    ReplyDelete
  3. namy memang tak boleh ngan kopi..memang susah giler nak tidur lepas tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..tu la..kopi mmg salah satu punca jg tu tapi bagi peminat kopi yg tegar mmg susah la nak elak tu..hehe..

      Delete
  4. Yang hp tu xboleh xde haha..Wajib ade.Kadang2 tertido dengan hp 😂😂 Btw good info ! 😄😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul2..memamg wajib menghadap hp sebelum tidur..;)

      Delete