Assalammualaikum. Hai.
Bagi yang belum join, dipersilakan join. Masih ada masa lagi. Syarat penyertaan pun mudah. So untuk yang nak join, sila tekan banner yang lawa tu untuk join yah :D
7 blog bertuah akan dipilih untuk direview.
TAMAT : 3 JULAI 2016
Good luck untuk semua.
Bismillah.
Assalammualaikum. Hai semua.
Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak buat review blog untuk pemenang segmen yang telah saya anjurkan baru-baru ni. Ada 5 blog yang telah terpilih untuk saya review. First time sebenarnya saya review blog ni. hihi. Ok lah, jom kita baca sama-sama. hihi. :D
Ok yang pertama, blog ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~. Owner blog ni berasal dari Johor dan seorang ibu. Mula-mula buka, terus tertarik dengan header blog ni. Cantik sangat, bunga-bunga gitu. hihi. Sidebar pun cantik. Tersusun dan tak terlalu crowded dengan widget. Warna yang dipilih pula sejuk mata memandang. Pelbagai cerita dikongsi di blog termasuklah info pasal islam. Resepi pun ada juga. Memang menarik untuk dibaca. Teruskan menulis ya. :)
Blog Sweet Melody memang serius sangat comel dan cantik!Sweet sangat blog ni se sweet nama nya. hihi. Warna pink lagi tu. Owner blog ni mesti suka pink kan. hihi. Header tu pun comel sangat. Memang cantik dan tersusun cara dia hias sidebar tu. Sweet ja tengok. Dari segi pemilihan warna, tak perlu cakap banyak, memang terbaik. Saya sokong sebab suka warna pink juga. hihi. Dari segi entri pula tak kurang hebatnya. Banyak info-info menarik yang dikongsi. Keep it up! :)
Blog seterusnya adalah kepunyaan Mieza Suhaini. Tak kurang hebatnya macam blog-blog yang lain. Simple tapi tetap menarik. Padat dengan pelbagai info dan tips-tips berguna. Memang bermanfaat untuk dibaca. Selain tu, blog ni juga tak terlalu banyak gadget jadi nampak kemas dan tersusun. Tak crowded sangat. Sejuk mata memandang juga. hihi. Font tulisan pun ok, senang nak baca. Pendek kata, blog ni memang awesome. :)
Blog - Amirah Azman - , seorang blogger dari Perak. Suka sangat dengan background hitam tu. Header blog ni memang serius cantik. Simple tapi nampak elegan. Suka combination warna dia. Matching sangat dengan background. Sidebar pun kemas, tak terlalu crowded dengan gadget. Dari segi entri, banyak juga cerita yang dikongsi dalam blog, ada tutorial, tips dan macam-macam lagi yang bermanfaat untuk dibaca. Overall, nice blog dear. hihi. Teruskan berblogging ya. :)
Blog terakhir untuk saya review adalah kepunyaan Syuha Zlkfl. Another simple blog yang awesome. Header cantik, memang suka dengan style header macam tu. Simple tapi masih nampak menarik dan elegan. Plus, suka kata-kata kat header tu "Menulis dari bercakap apa yang dirasa hari-hari". Tak banyak widget dan gadget kat blog ni. So memang nampak kemas sangat. Banyak juga cerita yang dikongsi dalam blog. Secara keseluruhannya, simple tapi still comel. hihi. Teruskan menulis. :)
Oklah setakat itu sahaja yang saya dapat review. Maaflah ambil masa yang lama. Harap korang berpuasa hati ya. Jika ada yang terkurang kat mana-mana harap dimaafkan. Untuk blogger-blogger yang lain sila lah berkunjung ke blog mereka ni.
Sekian. Terima kasih :)
Assalammualaikum. Hai.
Selamat Malam :)
Seperti yang dijanjikan saya nak umumkan bahawa mini segmen yang saya anjurkan telah tamat pada hari ini 6 Mei 2016. Terima kasih yang tak terhingga kepada 83 orang peserta yang sudi menyertai segmen ni. Tak sangka pula seramai ni yang ikut. hihi. Apa-apapun korang semua memang awesome!!
Boleh semak senarai peserta kat bawah ya. Kalau ada url blog yang tak tersenarai, sila maklumkan sebelum saya umumkan pemenang. Insha Allah esok saya akan umumkan pemenang segmen ni. :)
SENARAI PESERTA:
26.http://athibe.blogspot.my/2016/04/mini-segmen-by-syaidah-seha.html
Assalammualaikum.
Adakah anda sedang mencari bilik untuk disewa? Mempunyai masalah untuk mencari bilik sewa? Usah risau dan khuatir kerana Hidup.my ada untuk memudahkan pencarian anda.
Bagi yang belum mengetahui, Hidup.my merupakan rangkaian laman web yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Oktober 2015. Kebiasaannya laman sosial seperti Facebook atau pun Mudah.my. digunakan untuk mencari bilik sewa namun kedua-duanya bukanlah laman web khusus untuk pencarian bilik sewa. Oleh itu, Hidup.my dibangunkan untuk tujuan tersebut iaitu untuk membantu lebih ramai pengguna diluar sana untuk mencari bilik untuk disewa yang meliputi seluruh Malaysia. Bahkan bukan itu sahaja, Hidup.my juga boleh digunakan untuk mencari rakan serumah. Menarik bukan?
Bagi yang pertama kali menggunakan laman web ini, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah:
1. Uuntuk mencari bilik sewa, anda boleh klik pada pautan "Cari Bilik Sewa"
2. Untuk mencari rakan serumah pula, anda boleh klik "Cari Housemate"
Untuk makluman "Cari Housemate" merupakan ciri yang paling istimewa bagi Hidup.my kerana pengguna bukan sahaja boleh mencari bilik atau rumah sewa tetapi boleh juga mencari rakan serumah. Dengan ciri ini tentunya akan memudahkan lagi mereka diluar sana yang mungkin selalu mencari housemate untuk memenuhkan bilik atau rumah sewa mereka dan ianya juga berguna untuk kedua-dua, penyewa dan tuan rumah. Ini kerana, sekiranya anda mempunyai bilik atau rumah untuk disewa, anda juga boleh menggunakan laman web ini sebagai tempat untuk mengiklankan bilik sewa atau rumah sewa tersebut.
3. Untuk mengiklankan bilik sewa, klik " Iklan Secara Percuma!"
Terdapat 4 langkah mudah untuk mengiklankan bilik sewa. Langkah-langkah pengiklanan adalah seperti berikut:
Pada pendapat saya, dengan kos hidup yang semakin meningkat sekarang Hidup.my merupakan satu laman web yang sangat membantu sekali khususnya bagi mereka yang ingin mencari bilik sewa sesuai mengikut kemampuan masing-masing.
Oleh itu, jom kongsikan tentang Hidup.my kepada keluarga, rakan-rakan, kenalaan dan sesiapa sahaja yang ingin atau sedang mencari bilik sewa.
Untuk info lebih lanjut, anda boleh berkunjung terus ke:
Laman web : Hidup.my
Facebook : Hidup.my
Bismillah.
Assalammualaikum.
Sila klik banner untuk join ya.
Jemput join semua. Selamat bersegmen :)
Assalammualaikum.
Memandangkan tengah kekurangan idea nak tulis pasal apa sekarang ni, jadi malam ni saya cuma nak kongsi sedikit. Bulan Januari hari tu ada ikut satu segmen ni : Segmen Blogwalking by Nurnbla (January) dan Alhamdulillah terpilih menjadi salah seorang daripada pemenang. Tak sangka pula blog akan direview dan tak sangka pula ayat-ayat kat sini menyentuh kalbu..hihi..Tapi syukur lah kalau perkongsian di sini dapat memberi manfaat.
Apa-apa pun terima kasih kepada adik Nurnbla atas pendapat yang diberikan mengenai blog ni dan memilih blog akak yang tak seberapa ni sebagai pemenang..hihi.. ♥
Blog nih aku suka ayat ayatnya. Sangat sangat dan tersangat menyentuh hati ke kalbu ke jantung ke lutut.. Memang sentuh der.. Salah satu blog yang lebih kearah muhasabah diri lah juga. Baik follow. sebab diri aku nih pun perlukan banyak muhasabah diri dari terus terjebak benda tak elok. Hoho.. sekarang pun tak elok, curi ayam goreng dalam pinggan adik.. Astagfirrullah..
Assalammualaikum. Hi. :)
Segmen dan entri pertama untuk tahun baru..yeah..berjaya juga mengigihkan diri untuk menaip..hihi.. Sebelum tu, selamat tahun baru. Diharapkan tahun ni merupakan tahun yang terbaik untuk semua ya.
Jemput join segmen ni
Klik banner untuk join.
Review untuk blog Lissa:
- Blog awak kemas dan teratur, mudah nak baca.
-Pemilihan warna yang sesuai, sejuk mata memandang.
- Header blog awak cantik.
- Overall, semuanya ok pada pandangan saya..hihi..
Segmen tamat pada 12.00am, 14 Januari 2016.
Good luck yaa. :)
Assalammualaikum.
First, thanks to owner blog sebab jemput join contest ni. Memang dah lama tercari-cari segmen yang buat pasal review blog sebab nak sangat blog saya ni direview oleh blogger-blogger yang hebat, nak tahu juga apa yang kurang dan boleh diperbaiki dengan blog saya ni..hihi.. So, harap-haraplah terpilih.
Second, I like the banner. Bukan sebab nak ambil hati tapi memang ikhlas suka dengan banner ni. Simple tapi menarik..hihi..
Ok, tak nak cerita panjang-panjang. Seperti biasa, saya nak ajak anda semua untuk join contest ni. Klik banner untuk join ok. hii..:D
Nak tahu lebih lagi pasal contest ni, boleh tengok kat SINI. All the best!! ♥














