Bukti Kasih Sayang Allah S.W.T Kepada Kita

1.Allah menganugerahkan Agama dan Hidayah,ketahuilah Allah menyintai kita.


2.Allah memberi kita pelbagai Musibah, ketahuilah Allah ingin mendengar suara dan rayuan kita.


3.Allah hanya memberi sedikit sahaja Nikmat Di Dunia, ketahuilah Allah akan memberi nikmat yang tidak terhitung pada kita di Akhirat kelak.


4.Allah memberi Keredhaan kepada kita, ketahuilah Allah telah memberi kepada mu sebaik-baik nikmat.


5.Allah kurniakan kepada mu sifat Sabar, ketahuilah kamu telah tergolong dalam golongan mereka yang berjaya.


6.Allah kuniakan kepada mu Ikhlas, Sesungguhnya Allah ingin melihat kamu ikhlas kepadaNya.


7.Allah memberi kepadamu Ilham, ketahuilah Allah kasihkan kamu dan menunggu dari lidahmu, ucapan  syukur dan pujian mu kepada Nya.


8.Allah menganugerahkan Sedih dan Duka kepada mu, ketahuilah Allah cintakan kamu dan ingin menilai keimanan mu.


9.Allah kurniakan Harta kepadamu, itulah tanda Allah menyintai mu dan janganlah kamu bakhil terhadap golongan fakir.


10.Allah beri kepada mu keadaan Fakir, ketahuilah Allah cinta kepadamu dan telah memberi kepada mu sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta.


11.Allah menganugerahkan kepada mu Lidah dan Hati, ketahuilah Allah menyintaimu untuk mempergunakan keduanya ke arah kebaikkan dan keikhlasan.


12.Allah memberi kepada mu Solat, Puasa, Al-Quran dan Berjaga Malam. Ketahuilah Allah menyayangi mu, Maka janganlah kamu tidak memperendahnya atau mempermainknnya.. Tetapi beramallah  dengannya.

13.Allah menganugerahkan Islam kepada mu, ketahuilah Allah telah menyayangi mu.



Hati berbicara : Love from Allah is enough for me...

You Might Also Like

0 Komen