Don't Sad, Be Happy!!◕‿-。

Assalammmualaikum...haloo..
Tak tau pula kenapa tiba-tiba nak buat entry nie macam x da apa-apa yang menarik pula kan..x da apa-apa sebenarnya saja ja mengisi masa-masa yang tengah kekosongan sekarang nie...rasa sunyi pula jadi biarlah hati ini saja yang berkata-kata dan tangan ini yang menulis... 

Kata-kata ini sebenarnya saya pernah dengar orang lain sebut tapi saya x ingat da siapa, maaf la ya, saya pinjam ayat dia nie..hehe...erm, kesedihan kadang-kadang datang tanpa kita duga..x da siapa pun yg sukakan kesedihan kan..jadi buat apa kita nak terus bersedih..banyak lagi benda yang lebih berfaedah yang boleh kita buat selain daripada bersedih nie...Hidup nie cuma sekali, janganlah sia-siakannya..

Memanglah, x dapat dinafikan, kita x kan terlepas daripada kesedihan..setiap manusia akan diuji dengan kesusahan dan kekecewaan..tapi itu x bermakna kita harus berputus asa kan..selagi kita masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini, selagi itulah kita kena terus percaya dan yakin dengan qada dan qadar yang Allah S.W.T dah tentukan sejak azali lagi..sebenarnya saya pun x terlepas daripada perasaan sedih nie..kadang-kadang rasa macam nak hantuk kepala kat dinding pun ada..tapi nasib baik x jadi, dapat kawal lagi perasaan nie..kalau x dapat kawal, x tau la apa yang jadi..hehe..normal la bagi manusia kalau nak rasa sedih nie..mustahil la ada manusia yang bergembira ja 24 jam kan..kalau ada boleh juga minta tips dengan orang macam nie..hehe..tips macam mana nak kekal happy 24 jam..haha..

Tak susah untuk gembira, semua itu terpulang dengan diri kita sendiri juga, kita nie yang sebenarnya malas..nak juga terus hidup dalam dunia kesedihan tu...apalah salahnya kita keluar dari dunia kesedihan kitadan menikmati kehidupan yang lebih menggembirakan di luar sana..
Want to know how to be happy??...It's easy...❤❤
Tips-tips macam mana nak HAPPY!!

Tips 1: Cari seseorang, bantu dia ringankan bebannya..Help someone!!

Bantu seseorang di mana masalahnya lebih teruk dari anda. Secara tidak semena-mena, anda akan merasa bersyukur masalah anda tidak seteruk masalah orang yang anda bantu. Dari situ, muncul kegembiraan. Anda merasa makin bersemangat membantu orang itu, sebab anda mahu melihat dia gembira kerana bila dia gembira, anda pun akan rasa gembira sama. 

Tips 2: Bantu saja, sekadar menolong tanpa mengharap apa-apa

Dalam era sekarang ni, jika anda membantu sesiapa saja tanpa mengharap apa-apa, pasti orang tu tertanya-tanya. Pasti dia merasa mesti ada niat lain disebalik pertolongan anda itu. Untuk merasa gembira, tolong seseorang dengan melakukan apa yang patut. Tolong saja dia! Buat apa yang perlu, lakukan apa yang patut. Elak untuk kata pertolongan anda tu ikhlas, katakan anda cuma mahu menolong. Perkataan ‘ikhlas’ perlu anda ubah, sebab perkataan ini selalu di salah erti.

Tips 3: Mengingati orang-orang kesayangan..Remember people that you love!!...Family, Friends and anyone....

Ingati orang-orang kesayangan anda, gambarkan diri mereka sepanjang masa seolah-olah mereka ada dekat di sisi anda sekarang ni. Imaginasikan saat ketika anda bersama mereka satu ketika dulu atau di masa lalu. Membayangakan situasi gembira sebegitu pasti membuat anda merasa gembira tiba-tiba. Kenapa ini terjadi? Minda anda memberi respon pada imaginasi anda, pastu imaginasi mempengaruhi mood anda. Mood adalah emosi. Emosi datang dari minda. Anda boleh mempengaruhi simply dengan menggunakan imaginasi digabung dengan emosi tenang (calm).
  
Tips 4:Hobi...Do something interesting like fishing, so you will forget all your sadness...

Bina satu hobi. Hobi adalah perkara yang anda suka lakukan tanpa disuruh-suruh. Pasti anda ada hobi. Saat anda tertekan, merasa geram, susah hati atau gundah-gulana, luangkan masa melakukan hobi anda. Jika hobi anda membaca, cari sebuah buku dan baca. anda akan rasa gembira selepas tu! Hobi mengalihkan fokus fikiran anda dari fikiran bercelaru kepada fikiran yang tenang saat anda enjoy melakukan hobi anda. Kenapa ramai orang suka memancing? Sebab ketika memancing, mereka merasa tenang. Bila ikan menjerat umpan, rasa seronok sangat. Lantas, rasa gembira itu muncul.

Tips 5:Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin...Don't forget to get help from your God and don't lose hope..

Walau apapun agama anda, saya dan anda makhluk bertuhan.Rasa gembira ada di dalam ketenangan. Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada Tuhan. Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ anda akan merasai ketenangan. Apabila sudah tenang, anda akan merasa gembira dan bersyukur. Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa kemarahan.
" The basic thing is that everyone wants happiness, no one wants suffering. And happiness mainly comes from our own attitude, rather than from external factors. If your own mental attitude is correct, even if you remain in a hostile atmosphere, you feel happy "

Sedikit tips yang boleh saya kongsikan..semoga bermanfaat untuk semua..So,mulakan setiap hari sebagai satu permulaan yang baru dan pastikan hari anda ceria dan gembira selalu..jangan biarkan
hidup anda diselubungi kesedihan..hehe.. 

Hati berbicara : Don't Worry, Be Happy




















You Might Also Like

0 Komen