Ukhuwah Persahabatan

Setiap kita pasti ada kawan masing-masing kan.. kalau nak cakap pasal kawan nie mmg x kan habis la...banyak sangat cerita...jadi biar saya ringkaskan ja la..tapi apa pun, kawan sejati tu memang sukar nak cari kan....tapi bila kita dah jumpa, janganlah sia-siakannya..hargailah kawan yang kita ada sekarang...bukan senang tu nak cari, tahu....

Hidup nie kadang-kadang akan jadi sangat membosankan bila kita bersendirian...x pecaya, cubalah test...hehe..sebab tu lah kita nie perlukan seorang kawan...sekurang-kurangnya ada juga kawan kita bercerita kan...tak kan lah nak bercerita dengan bunga pula, macam pelik dah tu..hehe...Tapi kawan nie pun ada bermacam-macam jenis juga, jangan sampai tersilap pilih kawan sudahlah ya...


Terus terang sejak dari dulu lagi, saya x tau siapa kawan sejati saya tapi tak bererti saya x hargai  kawan-kawan yang saya ada sekarang..saya bersyukur sangat dapat kawan-kawan macam mereka..mereka yang sentiasa bersama-sama dengan saya, saat senang dan susah..macam tu la kawan kan...tapi saya pula risau kalau saya x mampu jadi kawan yang baik untuk mereka....Terlalu banyak yang kita harapkan daripada orang lain, sedangkan diri kita sendiri x mampu memberi yang terbaik...huhu..sedih pula..

Terlalu banyak yang saya harapkan dalam berkawan nie, memanglah kita semua nak kan kawan yang baik, jujur dan sentiasa bersama-sama dengan kita kan...tapi senang kah nak dapat kawan macam tu...Tapi yang penting saya beruntung dapat kawan-kawan yang baik dan saya bersyukur sangat Allah S.W.T berikan saya kawan-kawan yang terbaik....walaupun saya x mampu untuk menjadi kawan yang terbaik untuk mereka, tapi saya akan berusaha untuk menjadi seorang kawan yang baik untuk mereka...
Sometimes, kita x tau apa yang ada dalam hati kawan kita, kita x pernah tahu apa yang tengah  mereka fikirkan...mungkin dari luar kita nampak mereka gembira, tapi kita x tahu mungkin mereka tengah bersedih kan...sebab tu la, walau apa yang berlaku sekalipun, jangan cepat menilai seseorang tu dari luaran sahaja....Cubalah jadi seorang kawan yang memahami, walaupun mungkin kita x dapat bantu mereka selesaikan masalah yang tengah mereka alami, sekurang-kurangnya gembirakanlah mereka...jangan pula, time-time ada masalah, kita sibuk pula nak sakitkan hati kawan kita..memang x patut..ish3....so, hargai kawan-kawan anda selagi belum terlambat,ok...



Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Karena seorang sahabat boleh lebih dekat daripada saudara sendiri ”


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya berbicara....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan...
Kerana dia juga manusia, dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih dan kecewa...
Dia juga ada kelemahan dan perlukan seorang kawan sebagai kekuatan...
Jadilah kita kawannya itu...


Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka..
Di sebalik senyumannya itu mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkannya...
Di sebalik ketenangannya itu mungkin tersimpan seribu kekalutan...
Kita tidak tahu kerana cuma dia yang merasakannya...

Tetapi...Jika kita cuba untuk menjadi sahabatnya...

Mungkin kita akan tahu.............






Hati berbicara :Salam Ukhuwah dari Sahabat untuk sahabat...Semoga jalinan persahabatan terus berkekalanヅ

You Might Also Like

0 Komen