I promised myself I would never cry again!!

Setiap manusia pasti akan diuji dengan sedikit kesusahan dan kesedihan dalam hidup ini...tapi walau sesukar mana pun ujian yang menimpa diri kita..satu yang perlu kita ingat iaitu Allah S.W.T itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih...Dia tidak akan menguji seseorang itu lebih daripada kemampuan dirinya sendiri..Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia menguji seseorang itu untuk mengukur setakat mana tahap keimanan seseorang itu kepadaNya...

Apa pula kaitan dengan entry saya pada kali ini ya..."I promised myself I would never cry again"...erm, banyak yang tersirat sebenarnya di sebalik kata-kata ini...kadang-kadang manusia ini membuat silap dengan menangisi sesuatu yang tidak sepatutnya ditangisi...apa pula maksudnya tu??...macam nie, ada sesetengah perkara yang tidak perlu kita tangisi kerana ia tidak menjanjikan apa-apa pun...contohnya menangis kerana putus cinta..memanglah rasanya perit dan menyakitkan tp tiada gunanya air mata itu dibazirkan semata-mata untuk menangisi berakhirnya sebuah percintaan...kadang-kadang manusia terleka dengan kehidupan di dunia sehinggakan mereka melupakan Pencipta mereka...Sesungguhnya walau sepahit mana pun kekecewaan yang kita rasakan ingatlah Allah S.W.T itu setiasa ada di sisi kita..Dia selalu melihat, mendengar bahkan sentiasa menjaga kita..Sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah sedikit pun melupakan hamba-hambaNya yang selalu mengingatiNya...

Saya juga mau mengingatkan diri saya sendiri kerana saya sedar saya terlalu lemah selama ini..saya sering menangisi perkara-perkara yang tak sepatutnya...kadang-kadang saya terlupa, dan bila saya tersedar semula barulah saya tahu betapa besar nikmat yang Allah S.W.T telah berikan kepada saya...Banyak perkara yang membuat saya menangis, kadang-kadang saya menangis bila mengingatkan betapa beratnya ujian yang Allah S.W.T beri kepada saya, rasa macam x dapat pikul da, nak surrender tp bila ingat balik saya rasa bersyukur sebab saya tau Allah S.W.T akan menguji hamba-hambaNya yang kuat..kadang-kadang bila tengok cerita sedih kat tv pun saya nangis juga..ish3..x patut betul, buang air mata ja..hehe..lepas tu saya akan menangis bila saya x dapat jawab soalan matematik,..hehe..yang nie paling teruk, saya memang ada masalah sikit kalau nak jawab soalan kira-kira nie tapi hanya untuk mengurangkan tekanan ja,x la diamalkan selalu..hehe..sebab baru saya sedar I love Math!!

Jadi, walau apa pun yang berlaku dalam hidup kita ni, kita kena lah ingat Allah S.W.T tu selalu ada dengan kita dan dekat dengan kita..Walau sedih,kecewa, hancur macam mana pun perasaan kita, just remember apa yang terjadi ada hikmahnya...yang pastinya jangan bazirkan air mata untuk sesuatu yang tak sewajarnya...so from now I promised myself, I would never cry again...Hidup mesti mau happy!!

Air mata kerana Allah,       SATU KEBERKATAN,
Air mata kerana Ibu Bapa, SATU PENGHORMATAN,
Air mata kerana Sahabat,  SATU PENGORBANAN,
Air mata kerana kekasih,   SATU PENYESALAN.

Hati berbicara : I want to be a happy person in this world...

You Might Also Like

0 Komen