Petua Untuk Hati ♥

Assalammaulaikum..Ahlan Wahsahlan....Haloo..

Istimewa entri kali nie untuk hati yang tengah bersedih, kesepian, jiwa yang sedang berduka,
minda yang sedang berkecamuk..Nak kongsi beberapa petua sebagai
penawar duka dan gundah..


 Petua terbaik untuk mengubat hati yang gundah dah resah :

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir
Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda, "Barangsiapa yang membaca subhanallah setiap selesai shalat 33 x membaca alhamdulillah 33 x, membaca Allahu Akbar 33x hingga menjadi 99. beliau bersabda lalu disempurnakan menjadi seratus dengan Laa ilaha illallah wahdahu' laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ala kulli Syaiin qadir, diampuni dosanya sekalipun seperti buih lautan. (HR. Muslim).

7 Ayat Cinta
1. Bismillahirrahmanirrahim:  Setiap kali hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah:  Setiap kali habis melakukan sesuatu.
3. Astaghfirullah: Jika tersilap mengatakan/melakukan sesuatu.
4. InsyaAllah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa depan.
5. Lahaulawalaquwataillabillah: Bila tak dapat melakukan sesuatu yang berat & melihat sesuatu yg buruk.
6. Innalillah: Jika menghadapi musibah & menngetahui ada kematian.
7. Lailahaillallah: Baca siang & malam sebanyak-banyaknya.


Berdoa
Mohonlah bantuan dan petunjuk daripadaNya. Ingatlah, doa itu senjata orang mukmin.


Sibukkan diri dengan sesuatu
Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti  perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat  dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.


Luahkan perasaan anda
Bermacam  cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang  paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang  arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan  sebagainya.


Senyum
Apabila berada dalam  tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah  diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.





- Artikel I Luv Islam       

You Might Also Like

0 Komen