Kopi bukan sekadar sedap malah berkhasiat juga ❤




Tidak lengkap rasanya hari tanpa menghirup secangkir kopi kan. Kopi yang sering menjadi minuman pilihan tatkala bersarapan pagi ataupun ketika minum petang bukan hanya sedap diminum tapi juga punya khasiatnya tersediri. Jadi tak hairanlah kenapa orang-orang zaman dulu suka minum kopi. Aroma dan rasa kopi yang tersendiri mampu memikat hati sesiapa saja. Ada yang suka kopi dihidangkan secara panas, dan ada juga yang suka kopi sejuk. Apa pun pilihan anda, aroma dan rasa kopi itu tetap sama.Terkenal di seluruh dunia, minuman kopi ini telah berkembang seiring dengan zaman. Sekarang ni kita boleh jumpa macam-macam jenis perisa seperti Cappucino, Espresso, Latte dan sebagainya. 

Bagi segelitir, mereka menganggap kopi tidak baik untuk kesihatan. Malahan, ada yang tidak menggalakkan pengambilan kopi kerana mampu memudaratkan kesihatan. Kebimbangan ini juga mungkin disebabkan oleh kandungan kafein yang ada pada kopi, namun bukan kopi sahaja yang mempunyai kafein, minuman lain juga mempunyai kafein. Jadi, untuk mengatasi kebimbangan ini ambil lah kopi dengan kuantiti yang sederhana. Jangan berlebihan kerana yang sederhana itu lebih baik. Mengikut kajian, pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana dapat memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kognitif ni berkaitan dengan pemikiran. Selain tu, kajian turut membuktikan kesan pemgambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Pastikan masa mengambil kopi ni, penggunaaan gula juga kurang, tidak perlu lah terlalu manis kerana rasa kopi yang asli itu lebih enak untuk dinikmati. Untuk makluman juga, kopi merupakan salah satu kegemaran Rasulullah SAW selain madu dan susu. Oleh itu, tak da sebab kenapa kita perlu bimbang untuk minum kopi. 

Antara khasiat kopi ialah:

1. Dapat menambahkan tenaga dan menyegarkan.

Kandungan kafein mampu berfungsi sebagai peransang saraf otak, di samping sistem pernafasan serta pembuluh jantung dan darah. Pengambilan kopi yang bersesuaian dapat menyegarkan tubuh badan serta mengurangkan rasa mengantuk. Sebab tu lah, mereka yang nak berjaga sampai lewat malam minum kopi supaya lebih segar dan tak mudah mengantuk.

2. Dapat mengurangkan perkembangan kanser prostat.

Hasil kajian yang telah dijalankan, pengambilan 4 atau lebih cawan kopi boleh menghasilkan anti-radang dan kesan antioksida yang membawa kepada penurunan risiko berulang atau berkembangnya kanser prostat. 


3.Dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Demensia.

Pengambilan 4-5 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko Alzheimer dan Demensia. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa apabila bahan antioksidan dalam kopi digabungkan dengan kafein, penyakit Alzheimer dapat dihalang.

4.Mencegah kemungkinan masalah jantung.

Pengambilan kopi secara tetap, seperti 2-3 cawan sehari boleh mengurangkan risiko masalah jantung.

5.Boleh mengurangkan masalah kemurungan.

Kafein yang terdapat pada kopi boleh mengurangkan masalah kemurungan di kalangan wanita.

Yang saya senaraikan di atas ni adalah antara khasiat kopi yang telah dikaji bagi mengetahui khasiatnya kepada kesihatan dan tubuh manusia. Jadi, kopi ni bukan sahaja sedap untuk diminum tapi berkhasiat juga. Itu sahaja yang mampu saya kongsikan hari ni, penulisan ini sekadar perkongsian. Jika ada fakta-fakta yang tersilap, mohon maaf terlebih dahulu saya ucapkan :)

Bagi penggemar kopi, KEEP CALM AND ENJOY YOUR COFFEE! 

^__^


You Might Also Like

4 Komen