Review Produk: NOMA Pure Organic Argan Oil



Assalammmualaikum. Selamat malam.


Pernah dengar tak pasal minyak argan? Mungkin ada yang dah tahu dan dah pernah dengar pasal minyak argan ni kan. Bagi yang belum tahu, sedikit info pasal minyak argan iaitu minyak argan berasal dari pokok argan yang tumbuh di Morocco dan  minyak yang dihasilkan adakah dari biji buah argan tersebut.



Apa istimewanya dengan minyak argan ni?

Dari info yang saya baca, minyak argan mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi. Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang boleh didapati dalam makanan seperti minyak sayuran, buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti mana yang sedia maklum, vitamin E ni bersifat antioksidan yang sememangnya baik untuk penjagaan kulit. 


Bagaimana vitamin E dapat membantu mencantikkan dan meyihatkan kulit?

1. Membantu penyembuhan kulit.
2. Membantu melindungi daripada pancaran matahari.
3. Membantu membaikpulih parut, jerawat, jeragat, dan kedutan pada kulit.
4. Membantu mengekalkan kelembapan kulit.
5. Membantu memperlahankan proses penuaan.
credit


Berbalik kepada produk tadi. Antara kelebihan NOMA Pure Organic Argan Oil ialah:

  • 100% minyak argan asli, bebas dari sebarang bahan kimia.
  • Dapat melincin dan melembapkan kulit.
  • Boleh dijadikan sebagai make up based. 
  • Membantu mengurangkan jerawat dan jeragat.
  • Mengurangkan lingkaran bawah mata.
  • Menghilangkan bekas-bekas strectch mark bagi wanita selepas bersalin.

Cara penggunaan NOMA Pure Organic Argan Oil:

  • Cuci muka terlebih dahulu. Kemudian, titiskan minyak pada tangan, sapu dan ratakan pada kulit muka. Urut perlahan-lahan sehingga minyak meresap ke dalam kulit.
  • Boleh juga disapu pada rambut, bibir dan kuku.
  • Boleh digunakan bila-bila masa, malam atau pagi sebagai pelembap. 


Untuk sesiapa yang berminat nak cuba dan beli produk ni, bolehlah contact kat bawah ni:

FB: Nadia Omar

















Ni yang saya beli, baru juga nak cuba sebenarnya. Baru 2 hari guna, saya guna sebelum tidur, sapu kat muka dan bawah mata. Serius memang best guna kat kulit. Rasa licin dan lembut ja kulit bila bangun pagi. Eyebag pun macam dah kurang sikit..oklah, tu sedikit testimoni dari saya..hihi.. Kalau nak rasa sendiri macam mana, cubalah ya.


You Might Also Like

4 Komen

  1. pernah bace juga sblm ni, pasal kebaikan argan oil, tapi saya xpernah cube lg. Pasal kebanyakkan benda campur argan oil ni, mahal skit hargannya (^-^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..ya, betul tu Sis. Biasanya produk yang campur minyak argan ni memang mahal, tapi yang sy guna sekarang ni memang minyak asli, tak da campur apa2, harga pun berpatutan juga, tak mahal sangat...hihi..

      Delete
  2. eyebag ni memang dah teruk sangat ni. so boleh la farah cuba minyak argan ni. thanks sebab share ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, sama-sama.. :) cuba lah, sy pn ada masalah eyebag tapi sekarang dah kurang sikit lepas guna ni..hihi...

      Delete