Hujan lebat mencurah kini,
bagaikan tiada henti,
kaulah laguku,
kau irama terindah,
tak lagi ku dengari,
kau pergi…pergi….. ♫♪♫♪
Bait-bait lagu ‘Pergi’ nyanyian
Aizat mengisi hariku. Tiada apa yang istimewa pada hari ini. Hanya menghabiskan
waktu di hadapan laptop, bermain game ‘plant vs zombie’. Sekali sekala merenung
ke luar tingkap mencari inspirasi untuk menulis entri baru. Ya, begitulah rutin
harianku memandangkan cuti semester telah pun bermula…
Merenung ke luar
tingkap, melihat hujan yang turun adakalanya membuatkan hati-hati yang kusut
menjadi tenang. Ibarat alunan muzik yang mendamaikan. Sungguh berbunga-bunga ya kata-kata saya ni. Maaflah, tengah layan
lagu sentimental..hihi..
Btw, entri kali ini bersifat
santai-santai sahaja. Cuma ingin mengisi masa lapang. Nak keluar jalan-jalan ,
tak dapat pula sebab hujan. Jadi, seharian ni duduk rumah je lah. Tapi best
jugalah, bila hujan terasa sejuk je bumi ni..hihi..
INDAHNYA HUJAN. Ya,
sudah tentulah. Semua ciptaan Allah SWT itu kan indah. Pasti di setiap penciptaanNya
itu ada hikmah tersendiri. Begitulah
juga dengan hujan. Mengapa Allah SWT turunkan hujan ke sesuatu kawasan itu
mungkin juga hidupan yang terdapat di kawasan tersebut memerlukannya untuk
terus hidup. Dan mungkin juga Allah SWT menurunkan hujan itu sebagai peringatan
untuk hamba-hambaNya untuk sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi apapun.
Turunnya hujan itu juga adalah sebagai tanda kekuasaan Allah SWT. Namun, walau
apapun sebabnya, kita sebagai hambaNya sewajarnya mengambil iktibar daripada
setiap apa jua kejadian alam yang berlaku…wa’allahualam..
Sebelum saya akhiri, bacalah doa ini ketika hujan ya ,
Allahumma shoyyiban naafi’an, maksudnya: “Ya Allah, turunkanlah hujan
yang bermanfaat”..amin..:)
Baiklah, itu sajalah perkongsian untuk hari ini.
..Terima kasih sudi singgah dan baca..:)
credit picture: danbo-melon.tumblr.com
0 Komen