2013, Tolong Jadi Tahun yang 'Awesome' ok...^_^
- January 06, 2013
- By Unknown
- 2 Comments
Salam dihulur pemula bicara,
Buat dirimu yang berada di sana,
Lupakan segala resah dan gelisah,
Senyumlah agar dirimu merasa bahagia..^_^
Sudah lama rasanya tidak menjenguk ke blog ini. Terasa rindu pula ingin menulis entri. Bukan sengaja ditinggalkan blog ini sepi tanpa sebarang entri tapi disebabkan kesibukan sebagai seorang pelajar sehingga kan tidak punya masa untuk menulis entri baru. Apa-apapun, saya akan mula mengaktifkan blog ini semula dengan harapan entri-entri yang bakal dihasilkan kelak dapat memberi manfaat kepada semua..In sha Allah..:)
Tahun 2012 telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas. Sekarang dah pun masuk tahun 2013. Tak terasa begitu cepat masa berlalu, pastinya punya banyak kenangan tak kiralah yang manis mahupun yang pahit yang telah kita semua lalui sepanjang tahun 2012. Walaubagaimanapun, semua itu telah pun menjadi suatu sejarah dalam hidup kita yang mungkin ada yang sukar dilupakan dan ada juga yang tidak ingin kita ingati lagi.
Bagaimana dengan azam tahun baru anda? Sudah tercapaikah azam pada tahun lalu. Pastinya ramai yang telah menyimpan azam yang baru untuk tahun ini kan. Apa-apapun semoga azam anda semua itu dapat terlaksana dengan baiknya pada tahun ini. Bagaimana pula dengan azam saya? Bagi saya bukan hanya pada tahun baru sahaja kita perlu berazam tetapi bahkan pada bila-bila masa sahaja pun boleh. Jadi, tidak kisahlah tahun baru ataupun tidak, jika ada kemahuan pasti ada kesungguhan untuk kita merealisasikan azam tersebut.
Untuk tahun baru ini, doa saya agar ia akan menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. Akan lebih banyak perkara-perkara manis yang akan tercipta, dan semoga apa jua ujian yang mendatang kelak dapat saya tempuhi dengan tabah. Dan mengharapkan tahun ini akan dapat saya lalui dengan baik bersama-sama keluarga dan rakan-rakan di sisi ...:)
Take Note!
Untuk tahun 2013 yang paling awesome.
.Pesan pada diri untuk :
~Lebih TABAH ketika susah..
~Lebih SABAR ketika diuji....
~Lebih TENANG ketika gelisah..
dan lebihkan SENYUMAN...^__^
Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmatnya kepada kita sehingga ke hari ini kita. Semoga tahun ini akan menjadi satu tahun yang terbaik untuk diri ini dan juga untuk semua, ok..
Me? I just want to be happy ^__^
credit picture: facebook.com
2 Komen
:) semoga segalaya lancar :)
ReplyDeleteya..In sha Allah..terima kasih^_^
ReplyDelete