Hari yang Sebaik Hari...^_^


Salam jumaat untuk sahabat-sahabat yang dikasihi. Alhamdulillah, masih dapat kita bernafas di bumi Allah ini sehingga ke hari ini, hari jumaat, hari yang penuh dengan keberkatan. Banyak hadis-hadis yang telah membicarakan tentang kelebihan hari Jumaat dan menyatakan bahawa hari ini sebagai penghulu segala hari. Antara  hadis tersebut adalah hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: "Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)".

Mengapa ia dikatakan sebagai 'Sayyidul Aiyam' atau penghulu segala hari adalah kerana beberapa peristiwa yang juga merupakan kelebihan hari Jumaat. Kelebihan hari Jummat adalah:

✿ Allah S.W.T mencipta Nabi Adam.

✿ Allah S.W.T menurunkan Nabi Adam ke bumi.

✿ Allah S.W.T mematikan Nabi Adam.

✿ Hari di mana tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah S.W.T akan  perkenankan permohonnya, selagi dia tidak meminta sesuatu yang haram.

✿ Hari terjadinya kiamat.

Dalam hadis, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat".

Selain itu juga, pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T akan mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Maka, Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid  sepertimana Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: " Wahai MalaikatKu demi kemuliaan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun".

Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, begitu juga mengapa hari Jumaat ini dipilih sebagai penghulu hari. Apa-apapun hanya Allah yang Maha Mengetahui, kita sebagai hambaNya seharusnya mengambil pengajaran dari setiap apa jua perkara yang berlaku di dunia ini kerana di sebalik penciptaan Allah S.W.T itu kita akan melihat kebesaranNya.

Itu sahajalah sedikit perkongsian untuk hari ini. Semoga dapat memberikan sedikit manfaat..^___^










You Might Also Like

0 Komen