Anas bin Malik berkata:
“ Rasulullah SAW bukanlah orang yang telah tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama sepuluh tahun dan di Madinah juga selama sepuluh tahun. Baginda diwafatkan oleh Allah dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai dua puluh helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya…”
(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Salam Jumaat
untuk sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Semoga semuanya sentiasa
dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT. Alhamdulillah, syukur jika masih berkesempatan lagi untuk menikmati hari ini dalam suasana yang aman.
Mungkin nasib saudara-saudara kita di tempat lain tidak sebaik kita di sini kerana ada antara mereka yang ditimpa dengan pelbagai musibah. Oleh kerana itu, panjatkan syukur setiap
masa atas limpahan rahmatNya ke atas kesejahteraan yang kita kecapi pada hari
ini.
Berbalik
kepada topik utama tentang tokoh sepanjang zaman iaitu siapa lagi kalau bukan
Rasulullah S.A.W. Sejauh mana kita sebagai
umatnya mengenali baginda? Mungkin tidak seperti para sahabat yang hidup pada
zaman baginda yang mana kecintaan mereka terhadap Rasulullah S.A.W itu sangat
tinggi. Mereka dapat melihat sendiri dan bersama-sama berjuang dengan baginda
pada zaman tersebut. Sungguh beruntung rasanya, namun walaupun pada zaman ini, kita
tidak berpeluang bertemu dengan baginda sesungguhnya kita perlu merasa
bersyukur kerana menjadi umat yang amat dikasihi oleh baginda. Dan kerana itu
juga, kasih dan cinta kita kepada baginda perlu dipupuk setiap masa kerana kasihnya terhadap umatnya tidak pernah berkurang.
Baiklah, mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang sirah
Rasulullah S.A.W namun bagi yang terlupa marilah kita mengenal semula serba
sedikit tentang sirah Rasulullah S.A.W.
✿Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada 12 Rabiulawal iaitu pada tahun Gajah.
✿Pada tahun itu juga , tentera Abrahah ingin menawan kota Mekah. Namun percubaan itu gagal apabila Allah S.W.T telah menghantar sekumpulan burung Ababil. Dalam sekelip mata sahaja, tentera Abrahah berjaya ditewaskan.
✿Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika baginda berusia dua bulan dalam kandungan ibunya.
✿Setelah itu, ibunya pula wafat ketika baginda berusia enam tahun.
✿Kemudian, baginda dipelihara oleh datuknya, Abdul Mutalib sehingga baginda berusia lapan tahun.
✿Setelah datuknya meninggal, baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Bukan
sahaja memiliki keperibadiaan yang mulia, Rasulullah S.A.W juga telah dipilih
menjadi pesuruh Allah S.W.T dan baginda diutuskan kepada umat terdahulunya yang
mengamalkan cara hidup jahiliyah untuk dipimpin ke jalan kebenaran iaitu
melalui Islam.
Sesungguhnya, perjuangan Rasulullah S.A.W amatlah dikagumi kerana pelbagai rintangan dan cabaran yang baginda perlu lalui namun berkat kesabaran, baginda telah berjaya. Sewajarnya, keperibadiaan baginda perlu dicontohi oleh umat pada zaman ini. Bukan itu sahaja, segala sunnah baginda juga harus diterapkan dalam kehidupan seharian. Dengan cara itu juga, kita akan sentiasa mengingati baginda pada setiap masa.

Akhir
sekali, sebagai bukti kasih sayang kita kepada baginda, kita haruslah mengikuti
segala perintahnya serta meninggalkan segala larangannya. Jika hidup
berpaksikan ajaran yang benar, sudah tentu kehidupan akan lebih diberkati..wa'allahualam.
Oklah, itu sahajalah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Sebelum itu, semoga tidak terlambat untuk saya ucapkan Salam Maulidur Rasul 1434H. Jom berselawat setiap masa..:)
Oklah, itu sahajalah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Sebelum itu, semoga tidak terlambat untuk saya ucapkan Salam Maulidur Rasul 1434H. Jom berselawat setiap masa..:)
آللّÙ‡ُÙ…َ
صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØَÙ…ّدْÙˆَ عَÙ„َÙ‰ آلِ سيّدنا Ù…ُØَÙ…َّ
credit picture: rusydee artz
0 Komen