Berbahagialah Di Jalan Dakwah.






Mengajak manusia melakukan 'amar mahruf, nahi mungkar ' itu bukanlah satu perkara yang mudah bahkan penuh dengan cabaran yang tersendiri. Jika gagal sekali untuk menyeru seseorang ke arah kebaikan, pasti akan timbul rasa putus asa dalam diri. Namun, sifat berputus asa itu seharusnya dijauhkan dari diri terutama  sekali bagi mereka yang bergelar seorang dai'e atau pendakwah. Kejayaan dalam berdakwah itu bukanlah sekadar melihat pada sambutan dan bilangan yang menggalakkan tetapi sebenarnya pada sejauh mana seseorang itu mampu untuk terus istiqamah di dalam perjuangan tersebut.

Adakah Aku Seorang Dai'e?

"Sesiapa yang mengucap tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah, dan dia adalah dai'e".

Daripada ayat di atas, jelas telah menjawab persoalan tersebut bahawa setiap Muslim itu adalah seorang dai'e atau pendakwah. Namun, adakalanya sebagai manusia kita merasa bahawa diri belum cukup sempurna  dan layak untuk mengajak yang lain melakukan kebaikan. Justeru, carilah ilmu sebanyak yang mungkin. Salah satu caranya adalah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan yang penting perlu tetap istiqamah. 


Dai'e Penyeri Dakwah.

Tidak lengkap perjalanan dakwah itu jika tidak dserikan dengan kehadiran dai'e. Mereka yang berjuang dan mengajak manusia yang lain ke arah kebaikan dan melaksanakan perintah Allah swt dalam kehidupan seharian serta menyakini bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Maka, setiap muslim itu adalah dai'e namun setiapnya punya cara tersendiri. Tetapi, walaupun cara dan pendekatan itu berbeza bagi setiap dai'e namun matlamat tetap sama iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.

Rasa penat dan lelah itu pasti tidak akan lari dari mereka yang bergelar pendakwah apatah lagi jika punya tanggungjawab lain yang perlu dipikul jika seseorang itu masih berlajar ataupun sudah berkerja. Namun, tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu bijak membahagikan masa antara ibadah dan kerja. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Jika sekiranya kamu menolong agama Allah nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu." (Surah Muhammad ayat 7)



Itulah janji Allah.  Jika kita membantu menegakkan agama Islam, Allah akan membantu mempermudahkan urusan kita. Maka, berbahagialah jika jalan dakwah itu yang kita pilih. 


Pahit Manis Berdakwah.

"Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi, hakikat perjuangan bukan begitu, ada turun naiknya, sakit pedihnya, umpana kemanisan yang tak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya. Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawapannya adalah kerana syurga itu manis".

Begitu besar sekali nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka yang dipilih berada di jalan dakwah ini. Sentiasa tenang dalam setiap kepayahan. Merasa bahagia dalam menghadapi segala rintangan. Itulah dia nikmat Allah kepada mereka yang ikhlas berjuang untuk menegakkan agama Islam. Walau penat tiada siapa yang mengetahui, pahit manis dilalui sendiri namun in shaa Allah ada Allah yang sentiasa menemani. 

Tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lautan yang tidak dapat direnangi, dan sudah tentu tiada halangan yang tidak dapat kita atasi jika keyakinan itu kita serahkan sepenuhnya kepada Allah swt. Setiap peluh yang menitis serta apa jua pengorbanan yang kita lakukan di jalan Allah pasti ada ganjaran yang menanti. Kalau bukan di sini, in shaa Allah di akhirat kelak. 

Sesungguhnya, walau perjalanan dakwah itu pahit tetapi imbalan syurga itu terlalu manis!


Nukilan untuk sahabat-sahabat yang dikasihi (Nurhamiezrah, Nurazimah, Najwa, Nooramira Diana, Anisa, Farahwahidah dan yang lain..... ). Moga kalian terus istiqamah dalam jalan dakwah itu :) 

p/s: Tanya pada diri, seorang dai'e kah aku? Speechless =,=




Jalan Dakwah

Penyanyi : AlarmMe
http://liriknasyid.com

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita



You Might Also Like

3 Komen

  1. Syai, npa nda post d grup? :) Ko pn da'ie bha...wlaupun nda ke hulu ke hilir mcm yg len.. :)

    ReplyDelete