Wordless Wednesday: Sabah dan Replika.



Bismillah.

Assalammualaikum.




Ok, teka ni kat mana?..hihi..kalau yang dah pernah datang Sabah mesti pernah nampak ikan ni sebab ni betul-betul terletak kat bandar Kota Kinabalu.



Yang ni pula kat Tuaran. My hometown. Selalu rasa creepy nampak kuda-kuda tu bila balik malam. Tak tahu kenapa. Hahaa.. 



Haa..dengar cerita ni yang terbaru sebab sebelum ni tak da. Replika kubis, comel ja tengok kat tengah-tengah tu..hihi. Ni kat Kundasang. Datang sini nanti wajib ambil gambar kat sini sambil nyanyi lagu Sayang Kinabalu..hihi (Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayang sama kamu~~)


Dua kali datang Sandakan tak pernah nampak pun buaya besar ni. Mungkin dia menyorok kot time tu..:p



Ni kat Dataran Bengkoka, Pitas. Hari tu nak datang sini dah tapi tak jadi..melepas lagi makan udang besar T_T



Ni kat Simpang Mengayau, Kudat. The Tip of Borneo. Seriously view kat sini memang cantik. 2 kali pergi tak cukup. Nak pergi lagi nanti.



Actually banyak lagi tempat kat Sabah ni yang terkenal dengan replika masing-masing. Setiap daerah mesti ada replika yang menjadi simbolik untuk daerah mereka. Bukan kat Sabah ja, kat negeri-negeri lain pun mesti ada juga kan. Just nak share apa yang menarik kat Sabah ni jadi nanti siapa-siapa yang berkesempatan untuk datang Sabah bolehlah melawat tempat-tempat tu. ^^,



Credit gambar : Sabah Info

Share:

12 Komen

  1. cantiknyaaa...
    teringin nk pegi sabah ..

    nnti pegi boleh la jdi tourguide MG :)




    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput la datang kalau ada masa.. Insha Allah..:)

      Delete
  2. wahh indahnya sabah !! dekat dengan alam semulajadi dan bukit bukau.. x payah pergi jauh2 kalau nak menghayati keindahan alam ^^ teringin nak g sabah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..kalau berkesempatan nanti datang la Sabah :)

      Delete
  3. cantiknya view kundasang tu ..gunung kinabalu. yang dekat ngan laut tu pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kak..pergi sekali pun tak puas tu..hihi..

      Delete
  4. salam tengok gambar sayur tu terus terdetik mesti kundasang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.

      Kalau kat Sabah, memang Kundasang la terkenal dengan sayur2 ni..hihi..

      Delete
  5. gambar di dataran bengkoka tu cantik, macam poster

    ReplyDelete