Bismillah.
Assalammualaikum.
Sila klik banner untuk join ya.
Jemput join semua. Selamat bersegmen :)
Bismilllah.
Assalammualaikum. Hai.
Ok nak mulakan cerita, kemarin jalan nak uruskan pendaftaran sekolah. Dari hari tu lagi tak settle sebab asyik tangguh ja. Jadi kemarin dengan harapan semuanya selesai tapi tak juga sebab ada masalah lain pula, macam-macam dugaan pula bila nak berjaya ni..hihi..tapi tak apa, sabar. Tak settle kemarin, boleh urus hari lain. Demi menyembuhkan kesedihan hati, singgah makan kejap kat bakeri. Duduk sorang sambil berangan-angan kejap kalau dapat buka bakeri macam ni, jadi bos, alangkah indahnya hidup! haha..oh ya, sebelum pergi sana ada ternampak sorang makcik ni kat tepi jalan tengah kerja, kutip-kutip sampah dalam cuaca yang panas pula tu. Tiba-tiba macam-macam perasaan pula yang datang time tu. Kesian pun ada, sedih pun ada tapi yang paling penting sebenarnya semangat makcik tu nak kerja walaupun kena berpanas berhujan sekalipun. Tak kisahlah kerja apa sekalipun yang penting halal kan.
Itu lah kadang-kadang mungkin ada sebab Allah tunjukkan semua tu dengan kita. Kadang-kadang orang macam tu hidup dia lagi bahagia sebenarnya, mana kita tahu kan. Mungkin kita nampak susah tapi sebenarnya apa yang mereka ada dah cukup pun.
Itu lah kadang-kadang mungkin ada sebab Allah tunjukkan semua tu dengan kita. Kadang-kadang orang macam tu hidup dia lagi bahagia sebenarnya, mana kita tahu kan. Mungkin kita nampak susah tapi sebenarnya apa yang mereka ada dah cukup pun.
Sebab tu dalam hidup ni kena lebih banyak bersyukur dari mengeluh dan merungut. Bersyukur dan bahagia dengan apa yang kita ada walaupun mungkin nampak benda tu kecil. Memang lah senang nak cakap sebab tak rasa apa yang orang lain rasa kan. Sebab saya pernah rasa lah saya senang nak cakap..hihi..Bila ingat balik, Ya Allah rasa nak nangis sebab dulu saya mengaku saya banyak sangat mengeluh. Susah sikit mengeluh. Penat sikit pun mengeluh. Dulu masa mula-mula kerja, mengajar budak-budak sekolah pun mengeluh juga sebab saya tak minat. Mungkin sebab tu hidup susah nak bahagia dan tenang.
Tapi bila dah lama, perasaan tu dah bertukar. Rasa happy pula mengajar budak-budak ni. Lagi-lagi bila tengok dorang sungguh-sungguh nak belajar. That moment bila dorang ucap terima kasih, semua rasa berat hati tu hilang. Sebab tu sekarang ni dah tak mengeluh dah dengan kerja. Walaupun kerja part time, kena buat sungguh-sungguh juga sebab ada orang lain yang kerja lagi susah semata-mata untuk cari sesuap nasi untuk keluarga.
So, cerita tu berdasarkan pengalaman sendiri, tak melibatkan mana-mana pihak..hihi..tak kisah lah kerja apa sekalipun. Kat dalam ofis, kat luar ofis, kat darat, laut, udara ka semoga kita dapat bekerja dengan ikhlas dan niat bekerja kerana Allah. Insha Allah, dengan redha Allah, kita akan lebih seronok untuk bekerja. Tapi kadang-kadang mesti akan rasa stress kerja juga kan. Tak da manusia yang tak akan rasa tekanan dalam dunia ni. Tapi kalau stress boleh lepak, chill kejap kat kedai kopi sambil minum kopi..ehh...tu gurau ya...hihi :D
Tapi bila dah lama, perasaan tu dah bertukar. Rasa happy pula mengajar budak-budak ni. Lagi-lagi bila tengok dorang sungguh-sungguh nak belajar. That moment bila dorang ucap terima kasih, semua rasa berat hati tu hilang. Sebab tu sekarang ni dah tak mengeluh dah dengan kerja. Walaupun kerja part time, kena buat sungguh-sungguh juga sebab ada orang lain yang kerja lagi susah semata-mata untuk cari sesuap nasi untuk keluarga.
So, cerita tu berdasarkan pengalaman sendiri, tak melibatkan mana-mana pihak..hihi..tak kisah lah kerja apa sekalipun. Kat dalam ofis, kat luar ofis, kat darat, laut, udara ka semoga kita dapat bekerja dengan ikhlas dan niat bekerja kerana Allah. Insha Allah, dengan redha Allah, kita akan lebih seronok untuk bekerja. Tapi kadang-kadang mesti akan rasa stress kerja juga kan. Tak da manusia yang tak akan rasa tekanan dalam dunia ni. Tapi kalau stress boleh lepak, chill kejap kat kedai kopi sambil minum kopi..ehh...tu gurau ya...hihi :D
Selamat berkerja ♥
Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.
TAMAT : 28 FEBRUARY 2016
Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Bismillah.
Assalammualaikum. Hi.
Seriously rasa penat sangat hari ni. Dari pagi sibuk, bukan sibuk apa pun sebenarnya. Kat rumah juga tapi macam-macam kerja dibuat. Petang pula mengajar sampai pukul 5. Lepas tu sambung lagi buat macam-macam. Penat tapi nak buat juga sebab tak boleh tengok benda bersepah-sepah ni. Tak tenang hati..hihi..Kalau korang jenis macam ni mesti korang faham dan rasa benda yang sama. Kalau boleh nak semua kemas dulu baru boleh rehat dengan tenang..kan..kan..:D
Actually bukan nak cerita pasal tu pun sebenarnya, nanti cerita lebih-lebih macam angkat bakul pula, puji diri sendiri rajin..hihi..ok, setiap orang pasti ada benda yang dia ketagih kan. Betul ka? Kalau tak betul maaf la. Macam tak sedap pula cakap ketagih kan..hihi..ok tukar la..addicted. Kalau saya, saya addicted dengan kopi. Kenapa kopi?..kenapa bukan coklat, kek dan sebagainya. Sebab saya rasa kopi ni ada kuasa yang luar biasa sebab bila sedih, stress, penat, marah, kecewa, lepas minum kopi terus rasa ok..haha. Dia macam ubat penenang. .tapi yang tak bestnya bila dah minum susah pula nak tidur malam. haha..
Memang tak elok juga sebenarnya untuk kesihatan lagi-lagi kalau kopi tu manis. Dulu ada juga orang pernah pesan jangan minum kopi selalu. Minum air biasa ja. But what can I do, kalau dah addicted kan..hihi.. Tapi cuba juga la kurangkan, sekarang seminggu sekali ja minum. Tu pun terpaksa tahan diri .T_T
So sekarang ni dah cuba untuk amalkan pemakanan sihat. Kalau ingat dulu time study, Masya Allah, tiap-tiap hari minum kopi 3 in 1 tu . Jadi sekarang dah stop, minum kopi biasa ja. Buat sendiri tak campur gula. Lagi sedap rupanya..hihi..
Setakat tu saja la nak share. Akhir kata, kurangkan gula dalam minuman. Lebihkan gula dalam senyuman..hihi..
Selamat malam. Moga mimpi indah ♥
Bismillah.
Assalammualaikum.
Bila masa lalu itu hanya mendatangkan duka dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada diri kita mungkin sudah sampai masa kita kena belajar untuk pergi dari situ walaupun ada kenangan yang mungkin payah untuk kita lupakan.
Kadang pergi meninggalkan sesuatu atau tempat itu juga adalah cara untuk kita memulakan kehidupan baru. Dengan sekeliling yang baru, orang-orang yang baru. Untuk kita melangkah ke satu fasa baru dalam kehidupan.
Masa lalu bukan untuk didiami untuk selamanya tetapi untuk kita belajar yang ada perkara yang bukan ditakdirkan untuk kita dan kita perlu terima semua itu.
Kadang-kadang ada takdir Allah yang mungkin susah kita nak faham. Kita harap lain, tapi yang jadi lain. Tapi percayalah apa yang Allah takdirkan itu pasti lebih baik untuk kita.
Teruskan melangkah. Jadikan yang lepas itu sebagai pengajaran. Insha ALLAH pasti ada peluang dan ruang untuk kita perbaiki diri kita walau dimana juga kita berada. Move on :)
Dear future,
may you bring something better ♥
Assalammualaikum. Hi.
Jom ramai-ramai join dan support first giveaway ni.
Sila klik banner untuk join ya.
Tamat pada 27 February 2016.
Good luck semua.
Kadang-kadang pandai datang juga perasaan ni.
Perasaan bila kau tiba-tiba malas nak menulis.
Tulis..
padam..
tulis..
padam..
dah akhirnya kehilangan idea.
Haha..
Moga diri ni istiqamah untuk menulis sesuatu yang dapat memberi manfaat.
Assalam.
Selamat malam :)
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْمنِ الرَّØِيمِ
Assalammualaikum. Hi.
Giveaway pertama yang saya join untuk tahun ni. Harap-harap ada rezeki. :)
Jom kita support dan memeriahkan lagi giveaway ni. Jemput join ya semua.
Sila klik banner untuk join ya.
Good luck!
^_^
Bismillah.
Assalammualaikum.
Macam biasa kalau nak join KLIK BANNER ya.
Jom support segmen pertama yang dianjurkan oleh Sarah. :)
Segmen berlangsung dari 30/01/2016-15/02/2016.
Bismillah.
Assalammualaikum.
Ok, teka ni kat mana?..hihi..kalau yang dah pernah datang Sabah mesti pernah nampak ikan ni sebab ni betul-betul terletak kat bandar Kota Kinabalu.
Yang ni pula kat Tuaran. My hometown. Selalu rasa creepy nampak kuda-kuda tu bila balik malam. Tak tahu kenapa. Hahaa..
Haa..dengar cerita ni yang terbaru sebab sebelum ni tak da. Replika kubis, comel ja tengok kat tengah-tengah tu..hihi. Ni kat Kundasang. Datang sini nanti wajib ambil gambar kat sini sambil nyanyi lagu Sayang Kinabalu..hihi (Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayang sama kamu~~)
Dua kali datang Sandakan tak pernah nampak pun buaya besar ni. Mungkin dia menyorok kot time tu..:p
Ni kat Dataran Bengkoka, Pitas. Hari tu nak datang sini dah tapi tak jadi..melepas lagi makan udang besar T_T
Ni kat Simpang Mengayau, Kudat. The Tip of Borneo. Seriously view kat sini memang cantik. 2 kali pergi tak cukup. Nak pergi lagi nanti.
Actually banyak lagi tempat kat Sabah ni yang terkenal dengan replika masing-masing. Setiap daerah mesti ada replika yang menjadi simbolik untuk daerah mereka. Bukan kat Sabah ja, kat negeri-negeri lain pun mesti ada juga kan. Just nak share apa yang menarik kat Sabah ni jadi nanti siapa-siapa yang berkesempatan untuk datang Sabah bolehlah melawat tempat-tempat tu. ^^,
Credit gambar : Sabah Info
Bismillah.
Assalammualaikum.
Klik banner untuk join.
Cepat-cepat lah join, dah nak tamat ni..hihi.
Nak tag siapa ya??
Ok, saya tag: ACU ASHA
Kena jawab soalan kan..hihi..
Apakah memori anda yang paling bahagia pada tahun lepas?
Memori yang paling bahagia pada tahun lepas banyak sebenarnya tapi yang paling bahagia ialah saya konvo hujung tahun lepas. Walaupun masa hari kejadian tu agak kelam kabut dengan kasut tiba-tiba longgar, terpaksa control ayu masa jalan naik pentas..Allah ja yang tahu perasaan macam tu, rasa lucu, nak nangis pun ada tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar..dapat banyak hadiah..tu yang paling best..hihi..
Selamat bersegmen ;)
Bismillah.
Assalammualaikum.
It's February...yeay!!
Ok, I just decided my 2016 starts again on February 1st..:p
Boleh ke macam tu. Nak mula balik bulan baru ni..hihi..
Setelah melalui satu bulan yang agak memenatkan emosi. Kadang-kadang rasa macam nak kurung diri dalam bilik, tutup telefon, duduk diam-diam dalam bilik, tidur, tak nak ambil tau atau fikir apa-apa da. Kadang-kadang rasa macam depress pun ada.
Allah... :'(
Penat.
Penat bila fikir balik kenapa kena seksa diri macam tu. Sedih menangis macam orang putus harapan tapi jika itu ja cara untuk lupakan semua masalah.
Tapi bila dapat berbicara dengan Allah melalui doa.
Bila hanya ada kau dan DIA.
Masa tu la kau akan rasa semua beban-beban tu hilang. Hati kau akan jadi lebih tenang.
Insha Allah :)
Jadi untuk azam bulan baru ni tak harap banyak cuma harap diri ni akan lebih tabah dan kuat. Dimurahkan rezeki, dapat kerja cepat. Mak, abah, adik-adik, keluarga, kawan-kawan semua sihat.
Tu je nak cerita malam ni. Maaflah kalau terlebih emosi..hihi..
Selamat malam. :)
Bismillah.
Assalammualaikum. Hai!
Siapa sini suka kucing? Ok, kita geng!..hihi..yang tak suka kucing mesti tak faham kenapa kita suka kucing kan..tak apa, kita tak paksa pun dorang faham..hihi..
Dari pemerhatian saya sejak beberapa tahun hidup dikelilingi oleh kucing ni, kucing adalah haiwan yang paling faham perasaan kita..haha..saya tak tahu la kalau korang pernah rasa macam ni. Tapi kadang-kadang tu bila saya sedih atau tengah tak ok, kucing saya akan datang tempat saya, duduk depan dan padang saya sambil kelip-kelip mata seolah-olah nak cakap dengan saya supaya jangan bersedih..entah betul ka atau saya ja yang fikir begitu..haha..
Dari pemerhatian saya sejak beberapa tahun hidup dikelilingi oleh kucing ni, kucing adalah haiwan yang paling faham perasaan kita..haha..saya tak tahu la kalau korang pernah rasa macam ni. Tapi kadang-kadang tu bila saya sedih atau tengah tak ok, kucing saya akan datang tempat saya, duduk depan dan padang saya sambil kelip-kelip mata seolah-olah nak cakap dengan saya supaya jangan bersedih..entah betul ka atau saya ja yang fikir begitu..haha..
Saya memang dari dulu suka kucing dan Alhamdulillah family pun suka juga jadi tak da masalah nak pelihara kucing kat ruma. Kat rumah ada 5 ekor kucing tapi yang paling disayang ada seekor ni, nama dia Mimi, yang lain bukan saya tak sayang, sayang juga cuma dalam banyak-banyak mesti ada satu yang favourite kan..hihi.. Mimi ni baru ja saya pelihara, tahun lepas. Tak tahu macam mana boleh lepas sampai kat rumah atau ada orang yang buang. Waktu tu baru balik dari bercuti kat kampung, sampai rumah ja terdengar bunyi kucing mengiau kat tepi pasu bunga mak. Kita pun pergi la tengok dan sejak hari tu saya jaga bagi makan sampai la ke hari ni. Dulu kecil ja tapi sekarang ni da besar macam anak beruang..hihi..
Dah cerita panjang-panjang ni saya nak kongsi sikit keistimewaan memelihara kucing.
1. Terapi mental dan emosi yang baik.
2. Dapat menjaga kesihatan fizikal.
3. Dapat mendisplinkan diri.
4. Membuang sifat kedekut.
5. Dimurahkan rezeki.
Kucing ni haiwan yang bersih. Ada kajian yang dijalankan mendapati kucing mempunyai peranti pembersih yang dipanggil Lysozyme. Lysozyme ni la yang menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing. Canggih sungguh nama agen pembersih tu ya..hihi..
Lagi satu, kucing tak suka air sebab air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria. Jadi faham-faham la kenapa kucing tak suka mandi tapi kadang-kadang selalu juga paksa kucing mandi..kesian...hihi..
credit
Pengsan lepas makan ikan rebus satu mangkuk..hihi...
Nak berkasih sayang dengan si bulus tapi kena cakar pula..T_T
untunglah siapa yang tak pernah kena cakar lagi..hihi..
Pengsan lepas makan ikan rebus satu mangkuk..hihi...
Nak berkasih sayang dengan si bulus tapi kena cakar pula..T_T
untunglah siapa yang tak pernah kena cakar lagi..hihi..
Setakat tu ja la nak share hari ni. Line internet ni masalah betul hari ni. Tadi banyak da nak tulis tapi bila da line slow ni terus hilang semua idea..hihi..
Untuk pencinta kucing, teruskan mencintai dan menyayangi kucing-kucing anda. Bagi yang tak suka tu, tapi minta banyak cuma tolong jangan sakiti 'mereka', kucing-kucing tu. Mereka pun makhluk Allah juga yang menumpang tinggal kat dunia ni. Rasulullah saw dan sahabat pun sayang kucing.
Nak tahu lagi detail tentang kucing boleh baca kat sini 8 Keistimewaan Memelihara Kucing atau Kucing Haiwan Yang Bersih!.
p/s: Untuk bakal hasben sila pastikan anda suka kucing ya..haha..


























