Move On.


Bismillah.


 Assalammualaikum.






Bila masa lalu itu hanya mendatangkan duka dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada diri kita mungkin sudah sampai masa kita kena belajar untuk pergi dari situ walaupun ada kenangan yang mungkin payah untuk kita lupakan. 

Kadang pergi meninggalkan sesuatu atau tempat itu juga adalah cara untuk kita memulakan kehidupan baru. Dengan sekeliling yang baru, orang-orang yang baru. Untuk kita melangkah ke satu fasa baru dalam kehidupan. 

Masa lalu bukan untuk didiami untuk selamanya tetapi untuk kita belajar yang ada perkara yang bukan ditakdirkan untuk kita dan kita perlu terima semua itu.

Kadang-kadang ada takdir Allah yang mungkin susah kita nak faham. Kita harap lain, tapi yang jadi lain. Tapi percayalah apa yang Allah takdirkan itu pasti lebih baik untuk kita.


Teruskan melangkah. Jadikan yang lepas itu sebagai pengajaran. Insha ALLAH pasti ada peluang dan ruang untuk kita perbaiki diri kita walau dimana juga kita berada. Move on :)



Dear future,

may you bring something better 



Share:

4 Komen

  1. Agreed.
    Semalam itu cuma kenangan.
    Harini boleh mengubah hari esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. Insha Allah masih punya peluang untuk berubah selagi masih bernafas :)

      Delete