Moments Make Memories...


Dalam suka ada dukanya. Setiap perkara dalam dunia ni ada lawannya. Tentu sekali dalam tangis ada juga tawanya dan sebagainya. Begitulah kehidupan, ada keindahannya yang tersendiri. Dunia yang kita singgah untuk sementara ini, mungkin ada kenangan yang boleh kita simpan. Mungkin bukan selamannya ia tersimpan. Tapi cukuplah sekadar menjadi memori sepanjang persinggahan ini. 

Oklah, saja mulakan entri dengan ayat berbunga-bunga. Apa yang tersimpan, tulah yang diluahkan. Nanti tak terluah, membeku pula kat otak ni..hehe. Sebenarnya, untuk entri kali ni cuma nak kongsi saat-saat terindah dalam hidup, dah nama pun tajuk 'moments make memories' mestilah yang best-best ja. Kalau yang tak best tu ada juga tapi entri akan datang..hehe..Banyak gambar yang nak dikongsikan, hope korang tak bosan la tengok ya.

'di setiap gambar ada cerita'...cerita apa?   






Ok, mula-mula sekali gambar ni. Gambar kek ni diambil sempena hari jadi kawan masa asasi dulu dan sempena majlis perpisahan lecturer asasi. Dia sambung study balik jadi kami satu kelas buat jamuan ni untuk dia. Kenapa saya suka gambar ni, sebab ni salah satu kenangan masa saya asasi dulu. Memang best masa tu. Banyak kenangan dengan kawan-kawan. Masa tu juga saya belajar hidup kat hostel. Dapat roomate yang macam-macam perangai , tapi dorang semua memang baik. Saya rindu masa asasi dulu..:( Tapi apa-apapun, walaupun dah lebih 1 tahun lebih berlalu sejak tamat asasi, kenangan dengan dorang semua adalah paling menggembirakan...


Seterusnya, yang ni masa hari ibu hari tu. Sambut kat rumah je. Tak de la buat sambutan besar-besaran. Dengan family je. Tiap-tiap tahun, mesti sambut walaupun kek ni tak setanding dengan jasa dan pengorbanan mama selama ni tapi saja nak gembirakan hati mama.Sayang mama selamanya..


Gambar ni pula masa sambut hari ibu tahun lalu..^_^ .. 


Yang ni pula masa hari jadi abah yang ke-45 tahun. Abah tak minta pun untuk sambut hari jadi dia tapi saja nak bagi surprise kat abah dan sudah tentulah nak buat abah gembira dan rasa dihargai oleh anak-anak dia..tak gitu...so, apa-apapun, walau usia makin bertambah, abah tetap maintain muda. Didoakan semoga abah panjang umur, murah rezeki dan sejahtera hidup di dunia dan akhirat..amin..


Gambar yang terakhir pula diambil masa hari bapa. Maaflah, gambar tak jelas sangat dan dah di edit...


Oklah, tu sahaja yang saya nak kongsikan. Semuanya gambar kek kan...hehe..tak pe lah yang penting gembira. So, harap korang gembira selalu . Siapa yang nak kongsikan detik-detik indah tu boleh je kongsi kat sini, nanti saya baca..ok..

Terima kasih ya..



You Might Also Like

2 Komen

  1. wow byk nyer cake !

    ReplyDelete
  2. ni masa sambut hari ibu, hari bapa n hari jadi..tu la nmpak byk..hee..:)

    ReplyDelete