Tips Ketika Bercuti.


Semoga semuanya sihat-sihat sahaja. Kepada yang tengah bercuti tu macam saya sekarang ni, selamat bercuti...saja ja nak bagitau yang saya tengah cuti..jangan jeles ya... hehe..(◕‿-)  

Ok, berbalik kepada entri untuk hari ni, nampak tajuk kat atas tu "Tips Ketika Bercuti". Tips untuk apa ya? Tips untuk pergi bercuti ka..oh, bukan, bukan, bukan. Sebenarnya hari ini saya nak berkongsi tips untuk kekalkan berat badan ketika sedang bercuti. Maklumlah, masa cuti nilah senang ja berat badan nak naik kan, dah tu susah pula nak turunkan balik. So, saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengekalkan berat barat ketika sedang bercuti. Dah sedia?.. (◑‿◐) ...

Ok, tips yang pertama makan secara perlahan-lahan. Jangan main sumbat ja semua makanan tu kat mulut. Perlahan-lahanlah, tak rugi pun. Lagi mendatangkan manfaat sebab dengan cara ini akan membuatkan kita  lagi cepat kenyang. Selain itu, pakar nutrisi juga mendapati bahawa individu yang makan secara perlahan-lahan akan menyerap kurang kalori berbading jika makan secara cepat. 

Seterusnya, tips kedua ialah makan makanan yang perlu sahaja. Semua ni bermula dari diri kita sendiri juga. Kita yang kena bijak untuk mengawal dan mengatur makanan yang kita inginkan. Sebaik-baiknya, makan makanan untuk keperluan tubuh badan kita, bukan untuk menurut nafsu. Selain itu, lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.






sumber gambar : google

Tips yang ketiga, pastikan kita alas perut terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah. Tujuannya adalah  agar gula dalam darah dapat distabilkan. Selain itu, antara kebaikan mengalas perut dulu sebelum keluar ialah apabila berada di luar atau menghadiri sesuatu majlis, kita juga mampu mengawal nafsu makan serta lebih bijak dalam memilih makan. 

Dan, tips terakhir ialah bersenam. Bersenam adalah salah satu cara terbaik yang dapat menolong kita untuk mengawal berat badan dan membakar kalori dalam badan. Kalau tak dapat bersenam setiap hari pun, sekurang-kurangnya lakukan dua kali seminggu dalam 20-30 minit. Tak semestinya kena lakukan senaman yang berat-berat. Cukup setakat berjalan kaki atau bermain badminton dah mampu untuk kelurkan peluh. 

Itulah antara tips-tips yang dapat saya kongsikan. Banyak lagi sebenarnya tips yang boleh kita amalkan. Tapi apa-apa pun semua tu terpulang dengan diri kita sendiri juga. Sejauh mana kesungguhan kita. Jadi, semoga bermanfaat untuk semua dan juga diri ini. Terima kasih...(✿◠‿◠)


p/s : cuti-cuti juga..makan tu beringat sikit..hehe..peace..^_^v




You Might Also Like

1 Komen

  1. bgs2 another good tips.. tp biasanya klu tgh bercutu memang bedal apa saja pown !

    ReplyDelete