Be Happy.


Bismilllah.


Assalammualaikum. Hai.


Ok nak mulakan cerita, kemarin jalan nak uruskan pendaftaran sekolah. Dari hari tu lagi tak settle sebab asyik tangguh ja. Jadi kemarin dengan harapan semuanya selesai tapi tak juga sebab ada masalah lain pula, macam-macam dugaan pula bila nak berjaya ni..hihi..tapi tak apa, sabar. Tak settle kemarin, boleh urus hari lain. Demi menyembuhkan kesedihan hati, singgah makan kejap kat bakeri. Duduk sorang sambil berangan-angan kejap kalau dapat buka bakeri macam ni, jadi bos, alangkah indahnya hidup! haha..oh ya, sebelum pergi sana ada ternampak sorang makcik ni kat tepi jalan tengah kerja, kutip-kutip sampah dalam cuaca yang panas pula tu. Tiba-tiba macam-macam perasaan pula yang datang time tu. Kesian pun ada, sedih pun ada tapi yang paling penting sebenarnya semangat makcik tu nak kerja walaupun kena berpanas berhujan sekalipun. Tak kisahlah kerja apa sekalipun yang penting halal kan. 

Itu lah kadang-kadang mungkin ada sebab Allah tunjukkan semua tu dengan kita. Kadang-kadang orang macam tu hidup dia lagi bahagia sebenarnya, mana kita tahu kan. Mungkin kita nampak susah tapi sebenarnya apa yang mereka ada dah cukup pun. 



Sebab tu dalam hidup ni kena lebih banyak bersyukur dari mengeluh dan merungut. Bersyukur dan bahagia dengan apa yang kita ada walaupun mungkin nampak benda tu kecil. Memang lah senang nak cakap sebab tak rasa apa yang orang lain rasa kan. Sebab saya pernah rasa lah saya senang nak cakap..hihi..Bila ingat balik, Ya Allah rasa nak nangis sebab dulu saya mengaku saya banyak sangat mengeluh. Susah sikit mengeluh. Penat sikit pun mengeluh. Dulu masa mula-mula kerja, mengajar budak-budak sekolah pun mengeluh juga sebab saya tak minat. Mungkin sebab tu hidup susah nak bahagia dan tenang. 

Tapi bila dah lama, perasaan tu dah bertukar. Rasa happy pula mengajar budak-budak ni. Lagi-lagi bila tengok dorang sungguh-sungguh nak belajar. That moment bila dorang ucap terima kasih, semua rasa berat hati tu hilang. Sebab tu sekarang ni dah tak mengeluh dah dengan kerja. Walaupun kerja part time, kena buat sungguh-sungguh juga sebab ada orang lain yang kerja lagi susah semata-mata untuk cari sesuap nasi untuk keluarga. 

So, cerita tu berdasarkan pengalaman sendiri, tak melibatkan mana-mana pihak..hihi..tak kisah lah kerja apa sekalipun. Kat dalam ofis, kat luar ofis, kat darat, laut, udara ka semoga kita dapat bekerja dengan ikhlas dan niat bekerja kerana Allah. Insha Allah, dengan redha Allah, kita akan lebih seronok untuk bekerja. Tapi kadang-kadang mesti akan rasa stress kerja juga kan.  Tak da manusia yang tak akan rasa tekanan dalam dunia ni. Tapi kalau stress boleh lepak, chill kejap kat kedai kopi sambil minum kopi..ehh...tu gurau ya...hihi :D



Selamat berkerja 

You Might Also Like

8 Komen

  1. syukur apa adanya kan...urus pendaftaran sekolah sapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.betul tu..sekola sy kak. Insha Allah kalau ada rezeki nak sambung study balik. :)

      Delete
  2. alhamdulillah.. perkongsian yang menyentuh :)

    ReplyDelete
  3. mengeluh bukan dapat apa pun kn. kita sendiri kena pndai uruskan diri emosi semua, insyAllah semuanya akan dipermudahkan olehNya. yg penting jaga solat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betul tu. Apa-apa pun kena pandai kawal emosi. Insha Allah.

      Terima kasih :)

      Delete